Skip to main content

Politik

Saya komited jadi MB Selangor paling diingati - Amirudin Shari

71538580348_AmirudinShari.jpg
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, tekad menjadi Menteri Besar Selangor yang paling diingati.

Beliau berkongsi tiga perkara signifikan yang dapat merealisasikan impiannya semasa menjadi tetamu rancangan Agenda Awani di Astro AWANI pada Rabu.

β€œSudah pasti saya ingin diingati sebagai Menteri Besar yang akan menyediakan perumahan yang selesa kepada rakyat.

β€œYang kedua menyediakan ruang pembelajaran dan pendidikan yang komprehensif.

β€œDan yang ketiga menyediakan dan melahirkan Selangor sebagai sebuah kota yang indah, besar, makmur dan menarik untuk didiami,” katanya.

Amirudin, 38 tahun, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang pada 20 Jun lalu.

BACA: Amirudin mulakan tugas rasmi pertama sebagai MB Selangor

Beliau menggantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi dalam kerajaan persekutuan.

Sebelum ini, Amirudin merupakan Exco Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Generasi Muda dan Sukan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi.



Advertisement

Must Watch Video