Skip to main content

Sukan

Kejohanan Badminton Dunia: Arif-Roy King gagal tempah slot ke suku akhir

KUALA LUMPUR, 23 Mei -- Beregu lelaki negara yang juga pilihan kelima kejohanan Arif Junaidi (kanan) dan Yap Roy King (kiri) gagal ke perlawanan akhir selepas tewas kepada pasangan Denmak Daniel Lundgaard dan Mads Vestergaard pada kejohanan Perodua Malaysia Masters 2026 di Unifi Arena Bukit Jalil hari ini.  Daniel Lundgaard dan Mads Vestergaard menang dengan keputusan 21-19 dan 21-17.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Arif-Roy King (gambar) gagal mengekalkan momentum apabila kecundang dalam dua set terakhir dan tewas kepada kepada pasangan tuan rumah Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty. - Gambar fail/BERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: Hasrat beregu lelaki negara, Arif Junaidi-Yap Roy King untuk melangkah ke suku akhir Kejohanan Badminton Dunia di India tidak kesampaian selepas tewas kepada pasangan tuan rumah Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, awal pagi tadi.

Pada aksi pusingan 16 di Stadium Tertutup Indira Gandhi itu, gandingan negara bermula baik apabila memenangi set pertama 23-21 dalam pertarungan yang berlangsung sengit.

Bagaimanapun, Arif-Roy King gagal mengekalkan momentum apabila kecundang dalam dua set berikutnya 19-21, 17-21 sekali gus menyaksikan mereka masih belum berjaya menewaskan Satwiksairaj-Chirag dalam lima pertemuan setakat ini.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia kini mempunyai dua wakil dalam saingan suku akhir menerusi bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Woi Yik dan beregu profesional, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang berjaya menempah tempat dalam kelompok lapan terbaik.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement