awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya tak keluarkan fatwa hukum syarak bahawa haram undi calon PH' - Muhyiddin

Astro Awani
Astro Awani
06/09/2023
15:28 MYT
'Saya tak keluarkan fatwa hukum syarak bahawa haram undi calon PH' - Muhyiddin
Muhyiddin mendakwa ada pihak yang memanipulasi dan mengambil ucapannya di luar konteks. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan ada mengeluarkan fatwa hukum syarak bahawa haram mengundi calon Pakatan Harapan, Suhaizan Kayat.
Beliau mendakwa ada pihak yang memanipulasi dan mengambil ucapannya di luar konteks.
"Saya tidak mengeluarkan fatwa hukum syarak bahawa haram mengundi calon PH. Saya hanya secara berkias menyebut “saya bagi hukum haram” dengan tiada niat bahawa ia adalah fatwa hukum syarak.
"Kerana saya tahu apa yang saya sebut itu bukanlah fatwa hukum syarak, saya selepas itu menyebut 'ada esok ni yang mencabar saya ni ikut fatwa mana',” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau pada Rabu.
Sewaktu berucap pada ceramah PN di Kempas, Johor Bahru, presiden bersatu itu didakwa 'menjatuhkan' hukum haram untuk mengundi suhaizan dalam PRK itu, Sabtu ini.
Sehubungan itu PDRM menjalankan siasatan terhadap Muhyiddin selepas menerima beberapa laporan polis berhubung kenyataan itu.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain temu janji rakaman percakapan dengan beliau akan dibuat 11 September ini mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.
Kata Ahli Parlimen Pagoh itu, beliau hanya secara berkias menyebut “saya bagi hukum haram” dengan tiada niat bahawa ia adalah fatwa hukum syarak.
Mengulas lanjut Muhyiddin berkata, beliau percaya hadirin yang mengikuti keseluruhan ucapan semasa ceramah tersebut faham apa yang dimaksudkan.
Jelasnya sebagai seorang yang faham tentang hukum-hakam agama, beliau tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan sebarang fatwa agama.
Apatah lagi terdapat badan-badan tertentu seperti majlis fatwa yang mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan fatwa selepas mengadakan muzakarah dengan para ulama' dan ilmuwan yang pakar dalam bidang-bidang yang berkaitan.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#fatwa hukum haram
#undi calon
#PRK
#Pakatan Harapan
#syarak
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan