Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang atau Tian Chua hari ini nyata melawan arus apabila dengan beraninya menegur pimpinan serta perwakilan dan penyokong yang disifat terlalu taksub untuk mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.
Walaupun menghadapi masalah suara, namun itu sama sekali tidak menghalang ahli veteran PKR itu untuk mengkritik mereka yang menganggap kumpulan tidak sealiran, sebagai ‘pengkhianat’.
“Saya tak pernah takut berhadapan dengan FRU, keganasan, kekejaman polis, apatah lagi kita takut berhadapan dengan rakan-rakan yang yang tidak bersepandangan dengan saya.
“Sebagai reformis, kita tidak pernah takut kepada mereka yang tidak bersetuju, tidak bersepandangan. Sebagai reformis kita juga tidak takut bersepandangan dengan pemimpin.
BACA: Azmin boikot majlis penutup Kongres Nasional Keadilan?
"Saya tidak pernah lari daripada perjuangan. Ini adalah rostrum, dan saya dipilih (sebagai Naib Presiden) , itu sebab saya kembali untuk menjawab serangan ke atas saya,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Kongres Nasional Keadilan 2019, di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini hari ini.
Walaupun sering dikeji dan dicemuh perwakilan, terutama sekali ketika beliau mengingatkan ahli mengenai pengorbanan orang lama parti termasuk Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Tian Chua tidak langsung terganggu, dan terus mengingatkan perwakilan, mengenai bahayanya mengamalkab budaya taksub kepada pemimpin.
“Bukan saya tak mahu angkat banner seperti ini (ANWAR PM KE-8), saya tidak perlu angkat banner tunjuk kesetiaan saya, dan saya tak perlu angkat banner untuk tunjukkan sokongan saya.
“Saya anggap tugasan saya paling penting sekarang sebagai pemimpin, saya tidak mahu lihat parti kita turun menjadi parti yang menjadi mob. Masalah kita bukan PM ke-8, PM ke-9, PM ke-10. Jika tidak berhati-hati, kita akan lihat kita punya penyokong jadi makin esktrim,” tegasnya lagi.
Tian Chua berkata, amat berbahaya sekiranya ahli parti terus membentuk mentaliti nafsu, amalkan kesetiaan keterlaluan , atau membentuk ‘personality cult’.
Sekiranya ia tidak dikawal, beliau berkata, akan ada kuasa yang lebih besar mampu menghumban Keadilan kembali ke jalan raya, iaitu kuasa rakyat.
Firdaus Azil
Sun Dec 08 2019

TIAN: Saya tak pernah takut berhadapan dengan FRU, keganasan, kekejaman polis, apatah lagi kita takut berhadapan dengan rakan-rakan yang yang tidak bersepandangan dengan saya. - Gambar fail/Astro AWANI

AWANI Ringkas: Elak gelombang keempat COVID-19 | Bazar boleh diarah tutup bila-bila masa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Lelaki dibunuh, mayat ditinggal dalam kebun getah
Seorang lelaki ditemui mati dengan beberapa kesan kecederaan dipercayai dibunuh dalam sebuah kebun getah di Kampung Banggol Batu.

COVID-19: Australia sahkan individu kedua alami darah beku selepas suntikan AstraZeneca
Australia mengesahkan individu kedua telah didiagnosis dengan masalah darah beku selepas menerima vaksin COVID-19 AstraZeneca.

AWANI Ringkas: Nilai R Naught meningkat | Pelajar Malaysia selamat dikebumi

COVID-19: Kes positif global melebihi 137.05 juta, kematian lebih 2.95 juta
Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.32 juta kes positif diikuti India dan Brazil.

AS tangguh penggunaan vaksin J&J susulan kes pembekuan darah
Ini bagi memberi ruang siasatan berkaitan laporan wujudnya masalah pembekuan darah kesan daripada penggunaan vaksin tersebut.

CEV: Pelumba ZK Racing azam sekat dominasi Jepun
Lima kejayaan podium yang diraih di Qatar menggambarkan betapa kedua-duanya mahu terus menggegar.

Kelompok pertama vaksin atlet berjalan lancar
Daripada jumlah itu, 35 orang merupakan atlet Paralimpik dan 93 orang pula adalah atlet negara yang sudah dan dalam bayangan layak ke Sukan Olimpik Tokyo.

Tentera AS bakal berundur dari Afghanistan 11 Sept depan
Amerika Syarikat bakal mengundurkan tenteranya dari Afghanistan menjelang 11 September depan.

ICERD: Saya bukan menteri bertanggungjawab - Saifuddin Abdullah
ICERD terkandung di dalam manifesto Pakatan Harapan dan pernah diucapkan Dr Mahathir di persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2018.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita dalam negara yang menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 12 April 2021.

Ahli UMNO diminta berhenti lagakan pemimpin parti - Hishammuddin
Ahli UMNO diminta untuk berhenti dari melaga-lagakan pemimpin termasuk cubaan untuk mewujudkan kem-kem tertentu.

Audio tular: Bila bab video dan audio ini Azmin sememangnya pandai, sindir Anwar
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara sinis menyifatkan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai 'pakar audio dan video'.

Audio tular: Tun Faisal ajak Zahid Hamidi bersumpah untuk bersihkan nama
Tun Faisal terpalit dengan tuduhan menjadi individu terlibat merakam atau mencipta audio yang tular itu.

Audio tular: Azmin yakin sahih, pengkhianatan terbesar Anwar
Azmin sifatkan tindakan Anwar itu merupakan satu pengkhianatan terbesar kepada PKR dan Pakatan Harapan (PH) secara umumnya.

Audio tular: Pihak berkuasa akan siasat secara profesional dan adil - Takiyuddin
Kerajaan menyerahkan sepenuhnya siasatan berkaitan isu berkenaan kepada pihak polis.

PH kekal sokong Anwar Ibrahim, tiada perpecahan dalam parti komponen - Anthony Loke
Jelas Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook, Ketua Pembangkang itu juga kekal sebagai calon Perdana Menteri bagi PH.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita dalam negara yang menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 10 April 2021.

PH sedia runding dengan semua pihak kecuali kleptokrat
Majlis Presiden PH mengambil pendekatan -khembah besar- bagi menyatupadukan rakyat Malaysia tanpa mengira latar politik mereka bagi memulihkan demokrasi negara.

Beza pandangan dalam BN tidak akan pecah belah parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri Yaakob mengakui wujud perbezaan pandangan dalam kalangan parti-parti komponen BN, namun beliau yakin perbezaan itu tidak akan memecah belahkan gabungan berkenaan.