awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya terima dipecat Zahid Hamidi' - Annuar Musa

Astro Awani
Astro Awani
06/01/2021
05:59 MYT
'Saya terima dipecat Zahid Hamidi' - Annuar Musa
Annuar berkata beliau menerima keputusan pemecatannya dengan hati terbuka. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA:Tan Sri Annuar Musa hari ini menyatakan kesediaan beliau menerima pemecatan sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).
Menteri Wilayah Persekutuan itu juga berkata beliau memahami keputusan dibuat pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memecatnya daripada jawatan itu.
"Pada kira-kira pukul 12.36 tengah hari semalam, Selasa 5 Januari 2021, saya telah menerima berita daripada pihak media bahawa saya dipecat daripada jawatan Setiausaha Agung BN berkuat kuasa serta-merta dan digantikan dengan Datuk Seri Ahmad Maslan.
"Mengikut Perlembagaan BN, Setiausaha Agung (SU) hendaklah dilantik oleh Pengerusi BN setelah berunding dengan Dewan Tertinggi BN untuk memegang jawatan selama dua tahun bagi sesuatu pelantikan dan bertanggungjawab ke atas pentadbiran Barisan Nasional.
"Saya telah dilantik sebagai SU BN oleh Pengerusi BN pada 16 Mac 2020, yakni 10 bulan yang lalu.
"Bagi pihak diri saya, saya menerima keputusan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi BN yang memecat saya dan saya telah memaklumkan kepada beliau semalam melalui aplikasi WhatsApp jam 1.51 petang.
"Untuk itu, saya mengucapkan terima kasih atas kesempatan berkhidmat sebagai Setiausaha Agung BN selama tempoh tersebut," kata Annuar.
BACA BERITA BERHUBUNG PEMECATAN ANNUAR MUSA DI SINI
Annuar Musa pada Selasa dipecat daripada jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa serta-merta.
Sumber UMNO memaklumkan keputusan itu dibuat Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di dalam satu mesyuarat pada Selasa.
Annuar yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO sebelum ini menegaskan beliau sedia dipecat daripada parti itu sekiranya kritikan berkaitan isu penyatuan Melayu dan Islam tidak disenangi ahli serta pemimpin akar umbi parti berkenaan.
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#Zahid Hamidi
#Tan Sri Annuar Musa
#Barisan Nasional
#WhatsApp
#Anwar Ibrahim
#Politik Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan