awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPJ Johor keluar 2,136 notis gagal patuhi peraturan jalan sejak Januari
Jumlah transaksi guna SARA, kes penipuan jual beli antara isu dikupas Dewan Rakyat hari ini
Remaja perempuan 19 tahun maut jatuh tingkat 19 kondominium
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya tiada kaitan dengan Roslizal Razali, Datuk Arshad' - Saifuddin

Sinar Harian
Sinar Harian
15/04/2023
04:59 MYT
'Saya tiada kaitan dengan Roslizal Razali, Datuk Arshad' - Saifuddin
SAIFUDDIN: "Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan memberi sokongan kewangan kepada individu-individu yang bernama Roslizal Razali atau Datuk Arshad tersebut." - Fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menafikan ada kaitan dengan seorang individu bernama Roslizal Razali yang kini dalam tahanan polis.
Ia susulan dakwaan yang kini berlegar di media sosial mengaitkannya dengan Roslizal yang disiasat polis di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia 1998.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan memberi sokongan kewangan kepada individu-individu yang bernama Roslizal Razali atau Datuk Arshad tersebut.
“Saya tidak ada apa-apa kaitan dengan apa yang dilaporkan telah dilakukan oleh mereka berdua.
“Peguam juga telah menasihati saya untuk membuat laporan polis dan tindakan undang-undang akan diambil ke atas individu yang menyebar fitnah serta fakta tidak sahih berkenaan isu ini, yang bertujuan menjejaskan reputasi saya,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Sabtu.
Roslizal yang berusia 46 tahun itu telah ditahan pada Rabu lalu kerana disyaki memuat naik ciapan di media sosial berunsur perkauman yang boleh menimbulkan isu ketenteraman awam.
Bagaimanapun, ketika permohonan reman, pengawal keselamatan itu dikatakan memaklumkan menyewa sebuah soho di KLCC.
Namun, timbul dakwaan yang mengatakan polis mempersoalkan Roslizal mampu menyewa di situ dan dikatakan ada menyebut tentang mendapat 'sokongan kewangan' daripada Datuk Arshad yang bekerja untuk Saifuddin. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Saifuddin Abdullah
#Roslizal Razali
#Datuk Arshad
#fitnah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan