awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya tidak tahu menahu isu 'Langkah Dubai' - Razali

Sinar Harian
Sinar Harian
30/12/2023
00:08 MYT
Saya tidak tahu menahu isu 'Langkah Dubai' - Razali
RAZALI: Saya tidak tahu menahu soal itu. - Gambar fail
SHAH ALAM: Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris memberitahu bahawa beliau tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung dakwaan mengaitkan sekumpulan ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) berada di Dubai sebagai percubaan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menurutnya, isu yang disebut sebagai 'Langkah Dubai' itu tidak pernah dibangkitkan oleh mana-mana ahli Parlimen pembangkang khususnya Bersatu.
“Saya tidak tahu menahu soal itu,” katanya kepada Sinar Harian.
Sebelum ini, tular di media sosial berhubung dakwaan sekumpulan ahli Parlimen PN berada di Dubai sebagai percubaan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Menurut dakwaan tersebut, beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) turut berada di negara berkenaan bagi melakukan percubaan yang sama. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Razali Idris
#Langkah Dubai
#pembangkang
#ahli Parlimen Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan