awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya wakil Presiden Pas menghadap Agong" - Tuan Ibrahim

Hilmi Malik
Hilmi Malik
17/08/2021
06:00 MYT
"Saya wakil Presiden Pas menghadap Agong" - Tuan Ibrahim
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bakal mewakili Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan beliau mewakili Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara petang ini.
Beliau menerusi hantarannya di Facebook memaklumkan, pergerakan ke Istana Negara yang dijadualkan berlangsung pada 2 petang itu bagi membawa pendirian parti berhubung situasi politik negara.
“Saya mewakili Presiden Pas akan ke Istana Negara menghadap KDYMM SPB Yang Dipertuan Agong pada jam 2.00 petang, membawa amanah Presiden dan Parti bagi mencadangkan pendirian parti menghadapi kemelut politik yang berlaku kini,” katanya menerusi hantarannya di Facebook.
Istana Negara hari ini sekali lagi menjadi tumpuan berikutan beberapa pimpinan parti politik yang dijadualkan untuk menghadap Baginda bagi mengemukakan calon Perdana Menteri.
Semalam, Al-Sultan Abdullah memperkenan peletakan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri serta seluruh barisan Ahli Jemaah Menteri berkuat kuasa serta merta.
Dalam pada itu, Baginda turut perkenan untuk melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sementara (caretaker) sebelum calon Perdana Menteri Baharu dilantik semula.
Topic Berkaitan
#PAS
#Yang di-Pertuan Agong
#Perdana Menteri
#Abdul Hadi Awang
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#Politik Malaysia
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan