awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Sebagai respon kepada kenyataan Tun M, saya dengan tegas menafikannya'

Sinar Harian
Sinar Harian
12/01/2025
00:15 MYT
'Sebagai respon kepada kenyataan Tun M, saya dengan tegas menafikannya'
Yang terbaik kita boleh lakukan adalah berdoa untuk kesejahteraannya dan berharap agar di hujung usianya (Dr Mahathir), beliau menemui kedamaian dalam diri, kata Kamaluddin. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Anak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tan Sri Kamaluddin menafikan dakwaan berhubung hasrat menggunakan kedudukan bapanya bagi mengaut kekayaan.
Kamaluddin berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian atau melakukan perkara seperti didakwa.
“Sebagai respon kepada kenyataan terkini Tun Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) mengenai saya... saya dengan tegas menafikannya.
“Tun Mahathir jelas sangat kecewa dan marah terhadap banyak perkara dan individu.
“Hal yang terbaik yang kita boleh lakukan adalah berdoa untuk kesejahteraannya dan berharap agar di hujung usianya (Dr Mahathir), beliau menemui kedamaian dalam diri,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada Sabtu.
Sebelum ini, sebuah portal melaporkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan perbualan yang didakwa pernah berlaku antara anaknya dan anak Abdullah.
Beliau mendakwa, dalam perbualan tersebut anak Abdullah menyatakan niat mahu mengaut kekayaan dengan menggunakan kedudukan bapanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#Abdullah Ahmad Badawi
#Kamaluddin Abdullah
#guna kedudukan bapa kaut kekayaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan