awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita warga emas kritikal akibat letupan tong gas
Wakil pelbagai aliran pendidikan terima baik hasrat kerajaan wajibkan BM, Sejarah dalam SPM
Pesta Angin Timur Perlis 2026 sasar lebih 300,000 pengunjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Sebenarnya mereka takut' - Tun Mahathir

Astro Awani
Astro Awani
02/04/2017
02:26 MYT
'Sebenarnya mereka takut' - Tun Mahathir
TUN MAHATHIR: Di situ cuma ada kilang.
“Hanya kilang di situ, tapi polis beri alasan penduduk sekitar bantah, takut timbul huru-hara” kata Tun Dr Mahathir Mohamad
Bekas perdana menteri itu mengulas demikian berhubung pembatalan permit kebenaran oleh pihak polis terhadap penganjuran dialog antara beliau dengan menteri Pelancongan Dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Penganjuran dialog oleh Sinar Harian itu sepatutnya diadakan di pejabat akhbar tersebut di kumpulan media Karangkraf, Shah Alam pada 7 April ini namun terpaksa dibatalkan atas alasan polis menerima bantahan daripada penduduk sekitar.
Dengan nada sinis, Dr Mahathir berkata, beliau telah menjangkakan lebih awal situasi itu.
“Saya dah agak, mereka sebenarnya takut… Saya bersedia bila-bila masa kalau peluang itu dibuka semula, saya akan teruskan sesi dialog ini”, katanya pada program Bicara Rakyat Perdana Anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Taman Paya Rumput Bestari, Melaka malam Sabtu
Beliau berkata, alasan polis membatalkan permit kononnya ada laporan daripada penduduk setempat yang bimbang akan keadaan bertukar menjadi huru-hara itu juga tak masuk akal.
“Petang tadi (semalam) saya dapat maklumat polis kata tak boleh, mana ada rumah di situ, yang ada cuma kilang,” katanya dengan nada sinis.
Semalam, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacob dalam satu kenyataannya berkata, pembatalan itu dibuat selepas pihaknya menerima surat daripada Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat.
Topic Berkaitan
#debat
#dialog
#Mahathir Mohamad
#Mohamed Nazri Abdul Aziz
#polis
#PPBM
#shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan