KUALA LUMPUR :Sekarang bukan masa sesuai untuk mana-mana pemimpin UMNO membuat tuntutan atau meletakkan syarat terutamanya berkaitan jawatan timbalan perdana menteri.
Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia, Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, isu pokok yang perlu difahami ialah kuasa memilih timbalan perdana menteri adalah hak istimewa Perdana Menteri sendiri.
Menurutnya, tuntutan sebegitu harus diketepikan terlebih dahulu sebaliknya mereka perlu mengutamakan kesihatan rakyat dan negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi individu atau parti.
“Meletakkan syarat atau tuntutan bukanlah satu perkara yang sesuai sekarang terutamanya dalam keadaan negara masih lagi dibelenggu dengan krisis kepimpinan... krisis politik.
“Walaupun pembentangan belanjawan telah diluluskan (peringkat dasar) namun kita dapati masih ada tekanan daripada pembangkang yang cuba gagalkan kelululusan belanjawan di peringkat jawatankuasa.
“Dalam keadaan sekarang, membuat tuntutan yang bersifat menimbulkan satu keadaan yang tidak stabil pastinya akan mengundang rasa kurang selesa di mata masyarakat,” katanya kepada Astro AWANI.
Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menegaskan UMNO akan membangkitkan semula kedudukan jawatan itu sebaik sahaja perbahasan pembentangan Belanjawan 2021 selesai di Dewan Rakyat.
BACA: UMNO akan bangkitkan isu jawatan TPM selepas bahas Belanjawan 2021 selesai - Ismail Sabri
Menurutnya, isu jawatan timbalan perdana menteri tidak pernah didiamkan kerana parti berkenaan merupakan pemilik kerusi terbesar dalam kerajaan ketika ini.
Begitupun, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mewujudkan semula jawatan Timbalan Perdana Menteri dengan memberikan kuota kepada parti itu.
Beliau berkata kuasa pelantikan timbalan perdana menteri, menteri dan timbalan menteri terletak sepenuhnya kepada budi bicara perdana menteri.
BACA: Zahid minta pemimpin, ahli UMNO tidak desak Muhyiddin isu jawatan TPM
Dalam pada itu, nada berbeza disuarakan penganalisis politik Universiti Malaya (UM), Prof Dr Awang Azman Awang Pawi.
Menurutnya, isu jawatan tersebut masih relevan untuk dibangkitkan kerana ia seolah-olah disenyapkan sekarang.
“Kalau kita lihat kewajaran isu ini untuk dimainkan atau mungkin berhenti buat sementara, saya kira isu ini ialah satu isu yang relevan, banyak diperkatakan dalam kalangan akar umbi UMNO.
“Kita tahu bahawa UMNO atau Barisan Nasional (BN) mempunyai majoriti terbesar dalam PN, kemudian pelantikan jawatan Kabinet tidak berdasarkan hierarki parti kecuali Menteri Kanan Pertahanan dipegang Ismail Sabri,” ujarnya.
Tambah beliau, isu tersebut juga perlu dibangkitkan dari semasa ke semasa agar UMNO tidak kelihatan seperti akur dengan situasi yang ada.
Astro Awani
Sun Nov 29 2020

Pemimpin diminta mengutamakan kesihatan rakyat dan negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi individu atau parti. - Gambar fail

Proklamasi Darurat | Surat Ahmad Maslan percubaan derhaka kepada Agong
Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menempelak tindakan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang didakwa menghantar surat kepadanya supaya menggesa sidang Parlimen diadakan dalam masa terdekat.

Mahkamah | Penjawat awam dituduh amang seksual dua anak
Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Selasa atas tuduhan melakukan amang seksual terhadap dua anak perempuannya berusia enam dan sembilan tahun, April lalu. Tertuduh, yang berusia 42 tahun membuat pengakuan itu selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Fauzi Mohd. Nasir.

Akta 355 | Cadang pinda akta, hukuman berat kepada LGBT
Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri sedang dalam proses meminda Akta 355 bagi mempertingkatkan hukuman atas kesalahan membabitkan Lesbian, Gay, Bisexsual dan Transgender, LGBT. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Ahmad Marzuk Shaary berkata, hukuman sedia ada dengan hukuman penjara sehingga tiga tahun, enam kali sebatan dan denda dilihat ringan.

Pakej PERMAI | Bantuan kerajaan disambut baik
Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai 15 billion ringgit dilihat efektif dan dapat membantu rakyat. Biarpun bantuan itu dilihat tidak diberikan secara menyeluruh, namun ia amat diperlukan golongan khususnya B40 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

PKP 2.0: Nekmat tawar potongan harga, khidmat hantar ke rumah
Azrin berkata, inisiatif itu bagi membantu mereka yang memerlukan untuk mendapatkan bekalan bahan mentah pada harga rendah.

Isu Kartel Daging | Tiga pegawai MAQIS direman lima hari kes daging import
Tiga pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) direman lima hari bermula Selasa untuk siasatan kerana disyaki terbabit kegiatan rasuah berhubung kemasukan daging beku tidak dibenarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Banjir | Perkembangan banjir di Sabah
Keadaan banjir di beberapa daerah di Sabah yang dilihat makin pulih apabila bilangan mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara, PPS banjir semakin menurun tengah hari ini. Untuk perkembangannya, terus sahaja bersama wakil Astro AWANI di Sabah, Ruzaini Zulkepli.

Politik Rusia | Alexei Navalny ditahan sehingga 15 Februari
Mahkamah Rusia memerintahkan pemimpin pembangkang terkemuka Alexei Navalny ditahan sehingga 15 Februari ini. Keputusan itu dianggap pengkritik sebagai sudah diatur lebih awal selepas ditahan sebaik berada di Rusia.

Selepas hujan pasti ada pelangi, Naim Daniel harap rakyat Malaysia terus tabah
Saya berharap semua tabah dalam memastikan kewarasan masing-masing, kata Naim.

Barang hiasan rumah antara paling 'laris' sejak pelaksanaan PKP 2.0 - Shopee
Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho, berkata tiada tanda-tanda pembelian panik berbanding dengan pelaksanaan PKP pertama pada Mac tahun lalu.

PM jalani rawatan sebab kanser, lantik TPM tidak benar - PMO
Perdana Menteri telah disahkan bebas daripada penyakit kanser oleh pakar-pakar perubatan yang merawat beliau.

Mungkin sudah tiba masanya lantik TPM dari UMNO - Penganalisis
Mungkin dengan pelantikan itu, ia sedikit sebanyak dapat meredakan tekanan dan kritikan daripada pemimpin kanan UMNO.

"Jumpa di Seri Satria nanti" - Faizal Azumu bakal jadi TPM?
"Jumpa di Seri Satria nanti." Itu ayat terakhir diungkap Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pada sidang media terakhir beliau sebagai Menteri Besar Perak.

Ismail Sabri jangan 'lawan' Ahmad Zahid dalam isu TPM
ISU jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang kosong sejak kerajaan Perikatan Nasional (PN) memerintah negara awal tahun ini sudah banyak kali dibincangkan.

Jawatan TPM: Jangan rencatkan momentum Kabinet - Faizal Azumu
Ahmad Faizal berkata Muhyiddin sewajarnya diberi kebebasan sepenuhnya dalam menentukan individu yang akan menduduki kerusi timbalannya itu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Sekarang bukan masa sesuai UMNO tuntut jawatan TPM - Penganalisis politik
Sekarang bukan masa sesuai untuk mana-mana pemimpin UMNO membuat tuntutan atau meletakkan syarat terutamanya berkaitan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Zahid minta pemimpin, ahli UMNO tidak desak Muhyiddin isu jawatan TPM
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri untuk mewujudkan semula jawatan Timbalan Perdana Menteri.

UMNO akan bangkitkan isu jawatan TPM selepas bahas Belanjawan 2021 selesai - Ismail Sabri
UMNO akan membangkitkan semula mengenai isu jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) sebaik sahaja Belanjawan 2021 selesai.

Ketiadaan jawatan TPM sesuatu yang janggal - UMNO Perak
UMNO Perak berpandangan bahawa ketiadaan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) di dalam pentadbiran negara adalah sesuatu yang janggal.