KOTA KINABALU:Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor memberitahu, berlaku perubahan dalam dua portfolio kanan Kabinet Negeri selepas lebih tiga jam istiadat angkat sumpah yang berlangsung di Istana Negeri.
Ia membabitkan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan serta Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah.
Jelas Hajiji, portfolio Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah akan digalas oleh Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah I.
Manakala Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II akan dipertanggungjawabkan kepada Datuk Seri Masidi Manjun yang juga Timbalan Ketua Pimpinan Bersatu Sabah.
“Tiada masalah (pertukaran portfolio). Cuma saya ingin Datuk Masidi membantu saya kerana latar belakang beliau yang berpengalaman dalam bidang kewangan dan ekonomi.
“Saya memerlukan beliau untuk membantu kerajaan (menyelesaikan) isu COVID-19 dan keadaan ekonomi yang tidak berapa baik akibat pandemik ini,” katanya pada sidang media pertama di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah pada Selasa.
Terdahulu, Bung yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) antara tiga Timbalan Ketua Menteri dalam Kabinet baharu kerajaan pimpinan Hajiji.
Selain itu, Hajiji menjelaskan keputusan pertukaran dua portfolio itu dipersetujui semua parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Dalam pada itu, Hajiji menegaskan perbincangan telah pun dibuat sebelum ini mengenai agihan portfolio dan tidak timbul perubahan di saat akhir.
“Kita ada perbincangan tetapi kerana ada pertambahan kerja untuk satu menteri. Jadi, kita telah buat perubahan, itu sahaja,” katanya.
Ditanya mengenai menteri dari komuniti Cina, Hajiji menjelaskan beliau akan melihat perkara itu.
BACA: LAPOR LANGSUNG: Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri Sabah
Assim Hassan, Hasimi Muhamad
Tue Sep 29 2020
Pengumuman tersebut dibuat dalam sidang media pertama Ketua Menteri Sabah di Pejabat Ketua Menteri, di sini hari ini. - Foto Astro AWANI
19 individu ditahan dipercayai terbabit sindiket pelaburan palsu
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan tujuh wanita tempatan serta empat lelaki warga asing berusia antara 16 hingga 38 tahun.
[TERKINI] Selamatkan Gaza: Dialog dua Perdana Menteri di Mesyuarat Khas WEF Arab Saudi
Tiga PM iaitu PM Palestin, Jordan dan Mesir serta wakil PBB di Gaza duduk sepentas berdialog secara langsung mencari formula menyelamatkan Gaza yang menjadi pusat graviti kepada kestabilan rantau Asia Barat.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak - Azalina
Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
Piala Asia B-23: Indonesia tekad roboh benteng kebal Uzbekistan
Bintang skuad Garuda Muda, Witan Sulaeman, teruja dengan peluang untuk melakar lebih banyak sejarah ketika membuat persiapan menghadapi aksi separuh akhir PIala Asia B-23 malam ini.
Airbus RACER helikopter terpantas dunia?
Ketika masih dikenali sebagai pesawat eksperimen X3, ia memegang rekod sebagai helikopter terpantas dengan kelajuan mencecah 472 km/j.
AWANI Ringkas: Letupan bom di Thailand | Hadapi dua pertuduhan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat Khas WEF: Tekanan politik dalaman punca Israel ‘menggila’ - PM Jordan, Mesir
Kedua-dua perdana menteri negara Asia Barat itu setuju serangan ketenteraan di Rafah hanya akan memburukkan keadaan yang sudah sedia meruncing.
Tingkat kawalan di sempadan tangani kemasukan kambing, lembu murah menjelang Aidiladha
KPKM meminta jabatan dan agensi kerajaan berkaitan kawalan sempadan memperhebat penguatkuasaan serta kawalan di pintu masuk negara bagi menangani kemasukan kambing dan lembu murah menjelang Aidiladha.
Liga-M: Kelantan beri jaminan akan selesai isu kemudahan Stadium Sultan Muhammad IV
Isu itu mendapat perhatian daripada penyokong bola sepak Kelantan ketika perlawanan pramusim Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) minggu lepas.
Mahkamah tolak permohonan pemilik akaun media sosial mulakan semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi menolak permohonan pemilik akaun media sosial untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).