awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semakin ramai Melayu sertai myPPP, kata Kayveas

Bernama
Bernama
10/01/2016
08:18 MYT
Semakin ramai Melayu sertai myPPP, kata Kayveas
M. KAYVEAS: Kami memperjuangkan kepentingan serta kebajikan semua kaum di samping memfokuskan kepada kualiti hidup Generasi Y.- Gambar fail
Peningkatan penyertaan kaum Melayu sebanyak 15 peratus dalam Parti Progresif Penduduk Malaysia (myPPP) sejak lima tahun kebelakangan ini membuktikan parti itu semakin mendapat perhatian.
Presidennya Tan Sri M. Kayveas berkata ketika ini 20 peratus daripada 600,000 anggota myPPP adalah orang Melayu.
"Kami memperjuangkan kepentingan serta kebajikan semua kaum di samping memfokuskan kepada kualiti hidup Generasi Y.
"Malah kami dapati, daripada kira-kira 120,000 penyertaan kaum Melayu, 60 peratus merupakan Gen Y," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan kayuhan santai berbasikal myPPP New Year Ride 2016 di tempat letak kereta awam Majlis Daerah Cameron Highlands, Tanah Rata.
Sementara itu, beliau berkata 48 peratus daripada anggota myPPP sekarang adalah kaum India, manakala 30 peratus lagi kaum Cina dan selebihnya daripada kaum lain.
Menurut Kayveas, penjenamaan semula parti itu kepada myPPP baru-baru ini diyakini dapat menarik lebih banyak penyertaan pelbagai kaum bagi memperkuatkan parti komponen Barisan Nasional itu.
Topic Berkaitan
#M Kayveas
#mypp
#Parti Progresif Penduduk Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan