awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semangat perjuangan dan idealisme reformasi harus tetap semarak di hati ahli PKR - Presiden

Bernama
Bernama
20/09/2023
17:04 MYT
Semangat perjuangan dan idealisme reformasi harus tetap semarak di hati ahli PKR - Presiden
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kepada semua ahli parti itu bahawa semangat perjuangan dan idealisme reformasi harus kental dan tetap semarak di hati sanubari mereka. - Gambar fail/BERNAMA
PETALING JAYA: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kepada semua ahli parti itu bahawa semangat perjuangan dan idealisme reformasi harus kental dan tetap semarak di hati sanubari mereka.
Anwar yang juga Perdana Menteri berkata parti itu telah melalui zaman yang penuh getir sejak 25 tahun lepas dan itu merupakan ledakan suara reformasi yang dibawa PKR untuk membawa perubahan demi menyelamatkan bangsa dan negara.
"Saya harap rakan-rakan reformis awal dan anak-anak muda dapat terus menjiwai semangat perubahan untuk menyelamatkan bangsa dan negara serta kekal hidup sebagai negara yang bersatu dan memacu pertumbuhan menjadi negara yang maju dan cemerlang di rantau ini," katanya.
Anwar berkata demikian melalui video ringkas yang ditayangkan pada Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Reformasi dan Perasmian Perdana Mesyuarat Agung Tahunan Cabang, Wanita dan Angkatan Muda Keadilan PKR Selangor 2023 di sini malam ini.
Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari merangkap Pengerusi PKR Selangor.
Anwar juga merakamkan penghargaan kepada Amirudin, yang menganjurkan program itu sebagai acara untuk mengingati, menyantuni dan menghargai pejuang reformis awal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PKR
#Presiden PKR
#Anwar Ibrahim
#reformasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan