awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua ADUN BN tidak akan 'lompat' - Wan Rosdy

Bernama
Bernama
04/10/2023
14:05 MYT
Semua ADUN BN tidak akan 'lompat' - Wan Rosdy
Wan Rosdy yang juga Pengerusi BN Pahang berkata perkara itu dimaklumkan sendiri kesemua ADUN BN kepadanya semalam. - Foto BERNAMA
BENTONG: Kesemua 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang daripada Barisan Nasional (BN) menzahirkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Wan Rosdy yang juga Pengerusi BN Pahang berkata perkara itu dimaklumkan sendiri kesemua ADUN BN kepadanya semalam.
"Mereka semua memberi jaminan, akan terus berdiri teguh dengan kerajaan yang ada pada hari ini dan mereka menyokong kepimpinan saya," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas program Sembang Santai Veteran di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ceramah perdana di Felda Chemomoi semalam yang mendakwa ada kemungkinan ADUN daripada BN akan menyertai PN sekiranya gabungan itu menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
Komposisi yang membentuk Kerajaan Negeri Pahang ketika ini terdiri daripada 16 ADUN BN dan lapan ADUN Pakatan Harapan (PH), manakala PN mempunyai 17 ADUN.
Pahang adalah antara negeri yang masih belum menguatkuasakan undang-undang anti lompat parti bagi ADUN sejak ia berkuat kuasa di peringkat Persekutuan pada 5 Okt tahun lepas.
Mengulas lanjut, Wan Rosdy berkata dakwaan Muhyddin itu adalah satu bentuk fitnah yang bertujuan mengelirukan dan menakutkan rakyat serta pengundi menjelang PRK Pelangai.
"Ini adalah satu budaya yang bagi saya yang tidak sihat...sebagai ahli politik kita sepatutnya cakap soal pengharapan dan kesejahteraan kepada rakyat. Bukan dengan sentimen menakut-nakutkan rakyat dan membuat cerita yang bukan-bukan," katanya.
PRK Pelangai diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun daripada BN yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.
PRK pada Sabtu ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Datuk Amizar Abu Adam, calon PN Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ADUN BN
#lompat parti
#Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail
#sokongan tidak berbelah bahagi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan