KUALA LUMPUR : Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua anggota parti agar sentiasa akur dan patuh dengan keputusan yang dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO.
Dalam masa sama, Presiden UMNO itu berkata langkah itu penting walaupun beliau secara peribadi meraikan perbezaan pendapat dan pandangan yang diutarakan oleh mana-mana pihak.
"Saya sangat-sangat meraikan perbezaan pendapat, berlainan pandangan. Ini terbukti dalam banyak (mesyuarat) Majlis Tertinggi yang saya pengerusikan.
"Satu perkara lagi, yang saya amat-amat hormati pada (mesyuarat) majlis pimpinan tertinggi dengan biar pun perbezaan pandangan dan pendirian, tetapi apabila majlis tertinggi membuat keputusan, kita akur dan patuh kepada keputusan yang telah kita lakukan," katanya ketika berucap di majlis pengumuman calon UMNO pemilihan peringkat pusat di sini pada Khamis.
Ahmad Zahid juga mahu semua anggota memilih calon yang baik dan mampu membuktikan bahawa UMNO sebagai parti pilihan.
"Semangat ini yang kita mahu terjemahkan. Pilihlah calon-calon yang baik dan kita buktikan kepada dunia luar atau parti luar sana yang memandang bahawa seolah kita berlainan pemikiran," ujarnya lagi.
Beliau juga mahu semua pihak berkempen secara baik dan mengikut garis panduan yang ditetapkan sepanjang pemilihan parti.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu juga akan jelajah ke seluruh negeri bagi memastikan proses pencalonan berjalan dengan baik.
"Kempenlah dengan cara baik mengikut garis panduan diberikan. Ibu pejabat yang saya ketuai akan pergi ke setiap negeri untuk adakan pencalonan ini. Kami mahu kemeriahan sebegini dipertahan dan digunakan tata etika untuk diikuti sepenuhnya," tambah beliau.
Rahimah Abdullah
Thu Mar 02 2023

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua anggota parti agar sentiasa akur dan patuh dengan keputusan dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO. - Foto Bernama
ASEAN 2025 | 22 Mei
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: Pemeteraian deklarasi bersama, Petronas-Petros perlu berganding bahu
Analisis Naib Canselor, i-CATS University College, Professor Datuk Dr. Shazali Abu Mansor berhubung deklarasi bersama Kerajaan Persekutuan dan Sarawak dalam isu Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros).

Johor tetapkan 7 SOP elak insiden kanak-kanak tertinggal dalam van, bas sekolah
Prosedur kecemasan, pelaporan insiden kepada pihak berkuasa, serta kerjasama antara sekolah, ibu bapa dan pengusaha van turut ditekankan.

Keputusan Pemilihan PKR dijangka diketahui Jumaat ini
Keputusan kepimpinan baharu PKR dijangka diketahui paling awal malam esok, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
Pemukiman sidang kemuncak sentuh situasi Gaza
Fokus turut diberikan pada kepentingan grid tenaga ASEAN sebagai langkah besar memperkukuh kerjasama tenaga serantau.
Kawasan perdagangan bebas China-ASEAN dinaik taraf
Perjanjian ini akan menyuntik momentum baharu kepada pemulihan ekonomi serantau.
Wakil China-Indonesia bertemu kukuh hubungan diplomatik
Menteri Luar China, Wang Yi, telah bertemu dengan Luut Binsar Pandjaitan, pengerusi Majlis Ekonomi Kebangsaan Indonesia dalam lawatan ke Beijing pada Selasa.
Vietnam tegaskan hubungan kukuh dengan WHO
Vietnam menegaskan komitmennya untuk terus menjalin hubungan erat dan berkesan dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sempena sesi peringkat tinggi Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-78 (WHA).
Kemboja tegas dasar luar bebas dan tidak bersekutu
Sepanjang dekad lalu, landskap antarabangsa menjadi semakin tegang dan tidak menentu.
Galas peranan tonggak diplomasi global, pemudah cara
ASEAN perlu menjadi pemudah cara yang neutral dan inklusif.
![[KOLUMNIS] Keberanian PKR dalam mencorakkan masa depan politik [KOLUMNIS] Keberanian PKR dalam mencorakkan masa depan politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-05/51747733247_tbperhimpunanPKR.jpg)
[KOLUMNIS] Keberanian PKR dalam mencorakkan masa depan politik
Berjayanya Anwar memegang tampuk kerusi Perdana Menteri adalah satu tindakan strategik yang menjadikan PKR semakin menarik di mata pemain politik tanah air.

PRN Sabah: BN hanya akan jalin kerjasama dengan parti bermatlamat sama - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN hanya akan menjalinkan kerjasama dengan parti yang mempunyai matlamat sama dalam membangunkan negara dan menyatukan rakyat.

Hubungan baik PKR, GRS perlu dijaga untuk hadapi PRN17 Sabah - Mustapha
Mustapha berkata, walaupun PKR sudah memutuskan untuk bersama-sama BN pada PRN17, kerjasama dengan GRS akan dibincang secara lebih lanjut.

Kemenangan PRN Sabah jadi ‘signal’ Anwar kekal mentadbir sehingga PRU-16 - Amirudin
Kemenangan parti Kerajaan Perapaduan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 akan dapat memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai Perdana Menteri.

PRN Sabah: BN sedia bekerjasama dengan parti tempatan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BH) sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik tempatan di Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 akan datang.

PRN Melaka: 'Yang bawah tak perlu provokasi' - Puteri UMNO
Puteri Umno menasihatkan pimpinan pemuda dalam Pakatan Harapan (PH) tidak membuat provokasi terhadap parti itu berhubung isu pembahagian kerusi DUN Melaka.

PRN Sabah: BN perhalusi cadangan bentuk 'grand coalition' PH-BN-GRS - Ahmad Zahid
BN akan memperhalusi cadangan pembentukan gagasan mega dengan PH dan GRS bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.

BN tidak akan serah kerusi dimenangi kepada PH - Akmal Saleh
Akmal berkata, semasa rundingan menjelang PRN lalu, PH sukar untuk setuju memberikan kerusi yang dimenangi parti komponennya kepada BN.

PRK Ayer Kuning: Tun Faisal sanggah saranan penganalisis agar Muhyiddin letak jawatan
Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata kekalahan PN di PRK DUN Ayer Kuning tiada kaitan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

PM minta kerajaan tidak terlalu selesa dengan kemenangan di DUN Ayer Kuning - Fahmi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan supaya tidak terlalu selesa dengan kemenangan dalam PRK DUN Ayer Kuning.