awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Jualan MADANI Koperasi Usahawan catat nilai jualan hampir RM10 juta - Ewon
MALAYSIA
Kes Maria Chin: Mahkamah Syariah bertindak dalam bidang kuasa sah - Mohd Na'im
MALAYSIA
Polis terima tujuh laporan kenderaan dilanggar berhampiran Stesen LRT Glenmarie
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

POLITIK

'Serah kepada MKT putuskan penggantungan Hishammuddin' - Zahid

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
26/06/2025
06:25 MYT
Sponsor Banner
'Serah kepada MKT putuskan penggantungan Hishammuddin' - Zahid
Ahmad Zahid menegaskan bahawa penggantungan keahlian terhadap beberapa tokoh dalam parti dilakukan berasaskan alasan yang kukuh dan keputusan MKT ketika itu disifatkan sebagai tepat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti untuk memutuskan permintaan UMNO Bahagian Sembrong agar penggantungan enam tahun terhadap Datuk Seri Hishammuddin Hussein ditarik balik.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, bekas Naib Presiden UMNO itu didakwa masih belum mengemukakan sebarang rayuan atau permohonan maaf.
"Bagi usul UMNO Bahagian Sembrong, kenyataan daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang akan membawa perkara ini ke MKT, maka kita akan menunggu usul itu dibawa oleh beliau dan menganggotai Biro Politik untuk diteliti.
"Kuasa untuk memecat, menggantung atau menerima seseorang ahli itu, jika tidak ada Perhimpunan Agung, maka badan tertinggi ialah MKT UMNO.
“Oleh kerana tiada satu pun surat rayuan daripada pemohon berkenaan, maka kita akan melihat keputusan itu kepada apa yang dikemukakan oleh Menteri Besar Johor," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Desa Kirana@KKDW di Hotel Sunway Putra, hari ini.
Ahmad Zahid menegaskan bahawa penggantungan keahlian terhadap beberapa tokoh dalam parti dilakukan berasaskan alasan yang kukuh dan keputusan MKT ketika itu disifatkan sebagai tepat.
Tambah beliau, tiada sebarang tindakan disiplin diambil oleh MKT tanpa sebab munasabah.
"Suka saya sebut, penggantungan yang dilakukan itu ada kemunasabahan ketika itu kerana MKT tidak akan memecat atau menggantung mana-mana individu jika tiada kesalahan,” katanya.
Beliau turut memberi contoh bagaimana seorang pemimpin didakwa telah meracuni pemikiran 22 Ketua UMNO Bahagian di Sabah untuk keluar parti selepas kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sehingga menyebabkan UMNO di negeri itu tersungkur.
Ahmad Zahid turut merujuk insiden melibatkan 10 Ahli Parlimen UMNO yang didakwa menarik sokongan terhadap kerajaan meskipun telah menandatangani Surat Aku Janji untuk menyokong pembentukan kerajaan.
“Adakah orang yang membawa 10 daripada 30 Ahli Parlimen itu, yang tidak ikut keputusan parti, tidak boleh diambil tindakan?
"Adakah orang itu yang mahu supaya Presiden UMNO yang jadi Pengerusi Barisan Nasional (BN) sebelum pembentukan kerajaan supaya dipecat, maka orang itu tidak boleh diambil tindakan," soal Zahid.
"Saya tidak merujuk perkara ini kepada mana-mana nama, tetapi tiga kes itu adalah sangat munasabah untuk gantung atau diambil tindakan. Saya tak rujuk kepada sesiapa, rakan media fikir sendiri siapa orang itu.
"Kalau orang itu bertanya apa salah saya? Itu lah jawapannya. MKT telah buat keputusan yang betul ketika itu," jelas Ahmad Zahid.
Pada Sabtu, UMNO Bahagian Sembrong mencadangkan agar penggantungan keahlian Hishammuddin ditarik semula, selaras dengan matlamat memperkukuh parti di semua peringkat menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.
Hishammuddin digantung keahlian UMNO selama enam tahun bermula 27 Januari 2023, atau dua penggal pemilihan MKT UMNO.
Surat bertarikh 30 Januari 2023 itu ditandatangani oleh Datuk Seri Ahmad Maslan yang bertindak sebagai Setiausaha Agung UMNO ketika itu.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Hishammuddin Hussein
#Penggantungan ahli UMNO
#Onn Hafiz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami