awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laksamana Madya Sabri Zali saman Chegubard berhubung isu salah guna kuasa, rasuah
Jepun hidupkan semula loji nuklear terbesar dunia buat pertama kali sejak 2011
JPJ tidak tunduk ancaman tonto, mohon peruntukan senjata api - Anthony Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Serah kepada rakyat nilai prestasi saya' - Mukhriz

Astro Awani
Astro Awani
20/01/2016
14:21 MYT
'Serah kepada rakyat nilai prestasi saya' - Mukhriz
MUKHRIZ: Kedudukannya sebagai Menteri Besar adalah mandat yang diberikan oleh rakyat dan atas perkenan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah selepas dicadangkan Perdana Menteri.
“Serah kepada rakyat menilai keberkesanan pentadbiran saya.”
Itu pendirian Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir selepas UMNO Kedah mengumumkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau.
Beliau menyerahkan sepenuhnya kepada rakyat supaya menilai prestasinya sejak Barisan Nasional berjaya merampas semula Kedah daripada PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Kata Mukhriz dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, kedudukannya sebagai Menteri Besar adalah mandat yang diberikan oleh rakyat dan atas perkenan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah selepas dicadangkan Perdana Menteri.
Tambahnya, beliau akan terus fokus kepada tanggungjawabnya memegang amanah untuk berkhidmat dengan sebaik-baiknya.
Pada siang Rabu, pemimpin UMNO Kedah sepakat mengumumkan pendirian hilang kepercayaan terhadap Mukhriz.
Perkara itu diumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dalam sidang media selepas perjumpaan tertutup kepimpinan UMNO negeri.
Topic Berkaitan
#hilang kepercayaan
#Kedah
#Menteri Besar
#Mukhriz Mahathir
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan