awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TASK raih kutipan hampir RM4 juta tahun 2026
Meta, TikTok dan Google perkukuh ciri keselamatan digital remaja
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman dibuka mulai hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Setiap bulan ada pertambahan ahli UMNO' - Tengku Adnan

Hilal Azmi
Hilal Azmi
01/03/2016
09:21 MYT
'Setiap bulan ada pertambahan ahli UMNO' - Tengku Adnan
TENGKU ADNAN: Belum menerima surat 'keluar parti daripada Tun Mahathir.
Tindakan keluar parti oleh Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan menjejaskan UMNO.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu pihaknya masih belum menerima surat daripada bekas Presiden UMNO itu untuk keluar parti.
"Saya tak terima surat (keluar parti) dari beliau.
"Keahlian UMNO pun tak terjejas sebab tiap-tiap bulan ada pertambahan ahli," katanya ketika ditemui media selepas sesi perjumpaan Menteri Wilayah Persekutuan bersama Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan di sini hari ini.
Sementara itu, bekas Menteri Besar Selangor dan juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim memberitahu, dia tidak masuk campur berkaitan keputusan Tun Mahathir keluar UMNO.
"Itu keputusan beliau, saya percaya beliau sudah cukup masak dalam politik dan tahu apa yang terbaik untuknya," katanya ketika ditemui dalam majlis sama.
Tambah Abd Khalid, rakyat boleh menilai akan keputusan yang dibuat Tun Mahathir itu baik atau tidak.
"Saya harap masa depan ialah kita kurangkan berpolitik tapi banyakkan usaha pembangunan rakyat," tambahnya.
Topic Berkaitan
#keluar UMNO
#Khalid Ibrahim
#prestasi UMNO
#Tengku Adnan Tengku Mansor
#Tun Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan