awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shahrizat bersara daripada politik

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
23/06/2018
07:31 MYT
Shahrizat bersara daripada politik
Sekarang adalah masa yang sesuai untuk membuat keputusan itu bagi memberi laluan kepada orang muda dan muka baharu. - Gambar fail
Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan untuk bersara daripada dunia politik.
Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu menjelaskan, beliau melepaskan semua jawatan dalam parti dan hanya akan kekal menjadi ahli UMNO.
Katanya, sekarang adalah masa yang sesuai untuk membuat keputusan itu bagi memberi laluan kepada orang muda dan muka baharu.
"Saya melepaskan semua jawatan dalam parti termasuk di peringkat cawangan, bahagian, dan peringkat nasional kerana satu perkara dalam politik ialah kamu perlu tahu bila kamu perlu tinggalkan (politik).
"Saya telah berada dalam politik lama dan saya tahu bila masa untuk saya tinggalkan politik, inilah masanya untuk memberi laluan kepada wanita muda dan muka baharu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media semasa Mesyuarat perwakilan dan pemilihan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Tambahnya, selama ini beliau banyak memberi tunjuk ajar kepada ahli Wanita UMNO dan ini adalah masanya untuk generasi muda mengambil alih tanggungjawab berkenaan.
Sehubungan itu, beliau berharap jawatan Ketua Wanita UMNO akan dipikul seorang pemimpin yang mampu menggalas tugas dengan sebaik mungkin.
Topic Berkaitan
#keluarga
#Media
#menteri
#pemilihan
#pemuda
#politik
#Puteri
#Puteri UMNO
#PWTC
#Shahrizat Abdul Jalil
#UMNO
#wanita
#Wanita UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan