Satu laporan polis terhadap sebuah laman web yang memuatkan artikel yang mendakwa terdapat konspirasi termasuk cubaan memanipulasi institusi kehakiman, memanipulasi pasaran kewangan, percubaan untuk urusan wang haram dan memalsukan pertuduhan ke atas perdana menteri.
Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan berkata laman web itu mendakwa konspirasi itu turut melibatkan beberapa tokoh politik tempatan.
Guan yang ditemui di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi memberitahu pemberita laporan polis dibuat setelah mendapati dakwaan tersebut adalah sangat serius dan mampu menjejaskan keselamatan negara.
"Dakwaan ini sangat serius dan berharap pihak polis melakukan siasatan menyeluruh bagi menentukan kesahihannya," katanya.
Laman web www.malaysiaopinion.com dalam salah sebuah artikelnya didakwa menamakan beberapa individu politik termasuk Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat secara langsung dengan pemilik Sarawak Report, Clare Brown.
Kesemua mereka pada masa turut dikaitkan dengan bekas pekerja syarikat PetroSaudi International, Xavier Andre Justo yang dipenjarakan tiga tahun oleh mahkamah Thailand atas kesalahan mengugut majikannya itu.
Selain itu, laman web berkenaan turut mengaitkan penglibatan bekas perdana menteri Tun Dr Mahahithir Mohamed yang didakwa mempunyai kaitan secara langsung dengan pemilik syarikat The Edge, Tong Kooi Ong.
Pemilik The Edge itu sebelum ini berdepan siasatan polis di bawah Seksyen 124 dalam konspirasi menjatuhkan kerajaan secara haram termasuk dakwaan sebagai individu yang mempunyai kaitan dengan proksi kekayaan Anwar.
"Sekiranya dakwaan ini benar maka polis tidak seharusnya gentar dan takut untuk menyiasat di bawah mana-mana undang-undang berkaitan," katanya lagi.
Hans Yusoff
Thu Aug 20 2015
HUAN: Dakwaan tersebut adalah sangat serius dan mampu menjejaskan keselamatan negara.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan dari Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
Nahas helikopter Lumut: "Nampaknya dia yang 'pergi' dulu..." - Ibu Allahyarham Komander Firdaus
Komander Muhammad Firdaus anak yang bertanggungjawab serta contoh yang baik kepada adik-adik yang lain, malah sangat mengambil berat tentang keperluan keluarga.
EPL: Dua bintang remaja ditahan kerana disyaki merogol
Dua pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris telah ditangkap pada hujung minggu kerana disyaki merogol dan melakukan serangan.
Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan
Paul Yong memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Terowong: Bicara saman syarikat terhadap Huan, Utusan bermula 29 Okt
Consortium Zenith, syarikat yang diberi kepercayaan membina terowong bernilai RM6.34 bilion itu, memfailkan saman terhadap Huan dan syarikat penerbitan media Utusan Melayu (M) Bhd pada 11 Ogos 2016.
PCM pertikai tiada tindakan ke atas kilang haram
Orang ramai digesa untuk terus membuat laporan kepada SPRM jika mempunyai maklumat berhubung aktiviti kilang yang beroperasi secara haram.
Tidak perlu ugut PM sebelum dapat penjelasan - PCM
Datuk Huan Cheng Guan berkata, tiada keperluan berbuat demikian sebaliknya biarkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang beri penjelasan dahulu.
Guan Eng dicabar tanding pemilihan DAP Pulau Pinang
Naib Presiden PCM Datuk Huan Cheng Guan mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang itu untuk bertanding dalam pemilihan parti DAP negeri, Ahad ini.
Siasat dakwaan konspirasi tokoh politik tempatan, termasuk Tun Mahathir - PCM
Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan membuat satu laporan polis terhadap sebuah laman web setelah mendakwa terdapat konspirasi membabitkan beberapa tokoh politik tempatan.
Proses mengundi di Bukit Gelugor bermula
Proses pembuangan undi bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor telah bermula pukul 8 pagi ini di 17 pusat pembuangan undi.
Ahli DAP digesa sertai PCM jika tidak puas hati dengan parti itu
Datuk Huan Cheng Guan menggesa mana-mana anggota DAP yang tidak berpuas hati dengan parti itu supaya menyertai beliau.
Ahli politik diberi amaran tidak pertikai tugas polis
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata beliau kesal apabila mengetahui terdapat segelintir ahli politik memburukkan polis dalam ceramah kempen mereka.
Calon PRK Bukit Gelugor, PCM nafi proksi BN
Datuk Huan Cheng Guan, 53, menafikan bahawa parti itu adalah proksi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor.
Ahli PAS umum bertanding PRK Bukit Gelugor, mahu perjuang hudud
Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan mengumumkan akan bertanding pada PRK Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini.