Skip to main content

Politik

Sidang DUN pada 22 Jun batal - Speaker DUN Johor

ISKANDAR PUTERI, 30 Nov -- Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi pada Mesyuarat Keempat (Belanjawan 2024) bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar hari ini.  --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA
Mohd Puad (foto) mengesahkan Sesi Sidang DUN Johor yang dijadual pada 22 Jun ini terbatal ketika dihubungi pada Selasa. -Gambar fail/Bernama

JOHOR BAHRU: Sesi Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor sehari yang dijadual diadakan pada 22 Jun ini terbatal selepas pembubaran DUN Johor diumumkan pada Isnin.

Speaker DUN Johor, Datuk Mohd Puad Zarkashi mengesahkan perkara itu ketika dihubungi pada Selasa.

"Batal," katanya ringkas.

Pada 29 Mei lalu, beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor memaklumkan mereka telah menerima notis memanggil Sidang DUN pada 22 Jun nanti.

Antara yang mengesahkan perkara itu termasuklah penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong, Datuk Dr. Sahruddin Jamal; penyandang DUN Johor Jaya, Liow Cai Tung dan juga penyandang DUN Sri Medan, Datuk Zulkurnain Kamisan. -Sinar Harian

Must Watch Video

Advertisement