ALOR SETAR:Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan tindakan serta sikap beberapa pemimpin MIC dan DAP termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mendesaknya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar susulan kenyataan berkaitan isu perobohan Kuil Muniswarar di Kuala Kedah adalah seperti "beruk yang cuba berlawan dengan kilat".
Tegas beliau, kesemua mereka diumpamakan seperti melakukan perbuatan yang tidak mempunyai faedah.
Ini kerana, kata Sanusi, kenyataan yang dikeluarkan beliau sebelum ini langsung tidak memberi kesan kepada pemimpin-pemimpin berkenaan selain tidak berkait dengan kepimpinan mereka di peringkat negeri.
Tambah beliau, kesemua pemimpin itu seharusnya memberi fokus dalam menyelesaikan masalah rakyat di negeri masing-masing dan tidak ‘menyibuk’ dengan isu yang berlaku di negeri Kedah.
"Mereka ini lebih kurang beruk (yang cuba berlawan dengan lintar), bukan saya kata dia beruk, tapi sikap (mereka)… kita tak kata kat dia pun (berkaitan isu kuil), kita (tidak) kacau dia pun.
“(Perumpaannya seperti) lintar (kilat dan) guruh bunyi, sebab hujan (hendak turun) bukan (kilat nak) panah dia, dia nak lawan (dengan kilat) pasal apa? Tiada faedah (dan satu perbuatan) yang boleh mendatangkan cedera untuk diri sendiri, beruk lawan lintar (atau kilat).
"(Seharusnya) jaga hal dia sudahlah, dia orang mana? Dia YB di Johor... asal dia orang mana? Dulu bertanding di Pulau Pinang, Ipoh, (kemudian) ke Johor, dia kampung asal mana, Johor? Okeylah jaga Johorlah,” tegas Sanusi lagi.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Kedah, di Wisma Darul Aman, di sini pada Rabu.
BACA: MB Kedah nafi hina kaum India, 'mabuk todi' hanya kiasan
BACA: Kenyataan Muhammad Sanusi bangkit kemarahan kepimpinan MIC
Terdahulu, Lim Kit Siang mengkritik Sanusi dengan mendakwa Menteri Besar itu tidak layak dan tidak mampu memikul jawatan sebagai pemimpin nombor satu negeri itu susulan kenyataan berbaur rasis yang dikeluarkannya berhubung isu kuil di Kuala Kedah
Kit Siang turut mempersoalkan tindakan kepimpinan Pas Pusat yang dilihat mengambil pendekatan berdiam diri berhubung tindak tanduk dan kenyataan yang dikeluarkan Menteri Besar Kedah itu.
Jumaat lalu, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy turut bersetuju dengan cabaran MIC yang dikemukakan Presidennya, Tan Sri S Vigneswaran agar Sanusi meletak jawatan jika gagal mengharamkan parti komponen Barisan Nasional itu.
Ramasamy yang juga ADUN DAP Perai menyifatkan kenyataan dan gesaan itu adalah tepat pada masanya memandangkan Sanusi sebelum ini telah membuktikan tanpa keraguan yang dia bukan sahaja seorang yang bersifat perkauman tetapi juga seorang pelampau agama.
Abd Hadi Che Awang
Wed Dec 09 2020
Muhammad Sanusi Md Nor bidas Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mendesaknya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar. - Gambar fail
AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
'Saya ikhlas mohon maaf' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan beliau ikhlas ketika memohon maaf di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sanusi perjelas isu beli kereta rasmi baharu, bukan untuk bermewah
Pembelian kenderaan rasmi kerajaan negeri dibuat mengikut keperluan termasuk kereta rasmi untuk kegunaan Menteri Besar Kedah.
Kes hasutan: Keputusan permohonan Sanusi gantung perbicaraan diketahui 2 Feb
Hakim Nor Rajiah dalam keputusannya mengecualikan tertuduh daripada hadir pada tarikh berkenaan dan memaklumkan perbicaraan pada hari ini, esok dan 12 Februari digantikan dengan tiga tarikh baharu.
Sanusi dakwa empat negeri pembangkang dihalang sertai program kerajaan Persekutuan
Muhammad Sanusi mendakwa Exco dari empat negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN) dihalang untuk sertai program anjuran kerajaan Persekutuan.
Kartel padi kawal industri - Sanusi
Kartel padi didakwa sudah lama wujud dalam industri padi negara menyebabkan hasil padi dan pendapatan pesawah tidak meningkat seiring dengan peningkatan teknologi.
Sanusi tiba di Istana Anak Bukit
Beliau dijadual mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah ke-15 di hadapan Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
Sanusi angkat sumpah Menteri Besar Kedah esok
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah, esok.
PRN: Sanusi tidak pasti namanya ada dalam senarai MB Kedah baharu
Meminta jawatan Menteri Besar bukan disiplin dalam parti Pas, kata Sanusi.
Penahanan Sanusi dengan Anwar pada 1998 tidak sama - Fahmi
Naratif yang cuba dimainkan oleh sesetengah pihak yang menyamakan penahanan Muhammad Sanusi Md Nor dengan peristiwa Anwar Ibrahim ditahan pada 1998 adalah tidak tepat.
Pertuduhan Sanusi tiada kaitan dengan kerajaan - Fahmi Fadzil
Pertuduhan terhadap Sanusi itu susulan daripada kenyataannya yang cenderung untuk tidak setia kepada institusi diraja.