Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menyasarkan untuk menarik sokongan ahli Pas bagi mengundi calon Bebas mewakili mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi.
Bakal Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, mendakwa ini kerana mereka difahamkan terdapat ramai ahli Pas tidak berpuas hati dengan calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding dalam PRK berkenaan, Mohd Zaidi Aziz, 43.
Selain ahli Pas, katanya Pejuang turut menyasarkan pengundi atas pagar.
"Berdasarkan maklumat yang kita dapat, ada juga ahli Pas tidak setuju untuk mengundi calon BN, jadi itu sebabnya kita cuba berjumpa dengan seramai mungkin pengundi-pengundi Pas.
"Setakat ini maklum balas mereka agak memberangsangkan... kita harap mereka boleh memihak kepada kita.
"Selain itu, (pengundi) atas pagar juga agak menarik kerana kalau ikut keputusan PRU-14 (Pilihan Raya Umum ke-14) yang lepas, kumpulan ini berpecah kepada tiga bahagian termasuk yang menyokong Pas.
"Kali ini Pas tidak bertanding (jadi kita harap mereka sokong calon Bebas wakili Pejuang)," katanya ketika ditemui media selepas Sesi Persidangan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar, pada Selasa.
BACA: Slim Memilih: Undi awal bermula 8 pagi
BACA: Slim Memilih: Pakai baju lambang parti, calon BN mengaku 'terlupa', sebelum tukar baju
BACA: Slim Memilih: 65 peratus keluar mengundi setakat jam 12 tengah hari
PRK DUN Slim pada 29 Ogos ini, yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib daripada BN, pada 15 Julai lepas, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Zaidi; Amir Khusyairi, 38, dan seorang lagi calon Bebas, S Santharasekaran, 44.
Abdul Hadi Che Awang
Tue Aug 25 2020

Mukhriz turut menyasarkan golongan pengundi atas pagar. -Gambar fail

Tanah runtuh | 17 keluarga Felda Air Tawar 2 trauma
17 keluarga di Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi, Johor trauma dengan kejadian tanah runtuh yang berlaku berikutan hujan lebat yang melanda negeri itu beberapa minggu lalu.

PKP2.0 | Ibarat jatuh ditimpa tangga - Peniaga
PKP fasa kedua dilaksanakan ketika ini di tujuh negeri memberi kesan lebih besar kepada peniaga berbanding Mac tahun lalu. Rata-rata peniaga mahukan waktu operasi perniagaan dilanjutkan sehingga jam 10 malam.

Darurat | Tidak jejas keyakinan pelabur
Pelaksanaan darurat yang pernah dilaksanakan sebelum ini seperti di Parlimen Gerik dan Dewan Undangan Negeri Bugaya, langsung tidak menjejaskan keyakinan pelabur untuk melabur di negara ini. Keyakinan itu berpunca daripada rasa yakin pelabur-pelabur asing melihat cara Malaysia menangani penularan pandemik COVID-19.

Dadah | Nilai sitaan RM210 juta
Dalam tempoh seminggu, polis Johor sekali lagi mematahkan sindiket pengedaran dadah yang membawa kepada rampasan dadah dan nilai sitaan keseluruhan terbesar berjumlah RM210 juta.

COVID-19 | Kontak rapat positif, faktor kes meningkat
Tiga daerah di negeri Terengganu dikategorikan sebagai zon merah COVID-19 berdasarkan rekod kes aktif wabak berkenaan. Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu, Kolonel Che Adam A Rahman berkata ia melibatkan daerah Kuala Terengganu, Dungun dan Besut. Peningkatan kes yang direkodkan itu sangat subjektif dan ada dikatakan sebagai kontak rapat telah pun terkena jangkitan.

Kritikal | PKP beri kesan kekurangan bekalan darah
Kebimbangan orang ramai untuk keluar berikutan peningkatan kes COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 di Kelantan memberi kesan kepada tabung darah Jabatan Transfusi Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Vaksin COVID-19 | Jauhi nasionalisme vaksin - PBB
Dalam usaha melindungi rakyat daripada jangkitan COVID-19, negara-negara kaya diingatkan supaya tidak mengumpul bekalan vaksin melebihi jumlah yang diperlukan. Kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Guterres, nasionalisme vaksin ini hanya akan melambatkan proses pemulihan.

Proklamasi darurat | Gantung perlembagaan tidak bantu pulihkan COVID-19
Menggantung Perlembagaan secara separa atau sepenuhnya tidak akan membantu memulihkan negara daripada pandemik COVID-19.

COVID-19 | Tubuh panel dianggotai doktor, wakili orang awam
Dalam usaha menangani pandemik COVID-19 yang lebih berkesan ketika ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat terdapat keperluan untuk menubuhkan satu panel yang dianggotai oleh pakar perubatan. Ini kerana jelasnya, penubuhan itu bagi mewakili pendapat orang ramai berkenaan langkah pencegahan sedia ada selain langkah keselamatan susulan yang perlu dilakukan.

Hanya 30 peratus rakyat Malaysia patuh arahan pemakaian pelitup muka - Pakar
Hanya kira-kira 30 peratus rakyat Malaysia mematuhi arahan pemakaian pelitup muka di tempat awam dan kawasan sesak sejak ia diwajibkan pada Ogos tahun lepas.

Perkeso tubuh badan bertindak khas siasat tuntutan berkaitan COVID-19
Perkeso menubuhkan badan bertindak khas untuk menyiasat tuntutan di bawah Skim Bencana Kerja Perkeso berkaitan COVID-19 bagi mempercepat urusan bayaran kepada mereka ya

Lelaki tahan sakit dua jam kemaluan tersangkut cincin
Mangsa berusia 38 tahun dan sudah berkahwin itu dikatakan panik selepas cincin itu tidak dapat dikeluarkan selepas disarung pada kemaluan.

9 rumah kedai di Alor Setar musnah terbakar
Sembilan peniaga di Jalan Tunku Abdul Halim, Kampung Baru, Alor Setar berputih mata apabila premis mereka musnah dalam kebakaran di hari terakhir 2020.

Tiga beranak mengaku tidak bersalah rogol kanak-kanak perempuan 12 tahun
Pelakuan ketiga-tiga tertuduh terbongkar selepas mangsa memaklumkan kepada ibunya bahawa mangsa dirogol pada awal Disember lalu.

Pemergian Wan Shamsuddin, hilangnya khazanah ensiklopedia sejarah Kedah
Kehilangan Allahyarham ini sangat besar bukan sahaja kepada persatuan tetapi seluruh Kedah kerana diibaratkan seperti khazanah ensiklopedia sejarah.

Datuk saudara bangga Jocelyn dilantik Datuk Bandar Eastvale California
Menurut Chong, beliau terkejut dan tidak menyangka sama sekali cucu saudaranya itu diamanahkan untuk memegang jawatan itu pada usia muda.

Pesawah maut disambar petir ketika menjala ikan
Seorang pesawah maut akibat disambar petir ketika sedang menjala ikan di kawasan sawah di Kampung Gulau, Alor Setar.

Pelajar Tingkatan 1 antara 11 individu ditahan langgar PKPB
Tiga pelajar sekolah menengah adalah antara 11 individu ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana berkumpul beramai-ramai.

COVID-19: Pusat Tahanan Sementara Kota Kinabalu dikenakan PKPD
Ismail Sabri berkata, PKPD itu akan melibatkan seramai 1,820 orang tahanan dan 114 orang kakitangan pusat tahanan tersebut.

Pengawal keselamatan maut diseret treler
Ketika kejadian, saudara mangsa sedang dalam perjalanan pulang ke rumah ternampak kemalangan itu berlaku.