Slogan 'Sabahan for Sabah' yang diperjuangkan oleh parti pemerintah Sabah, Parti Warisan Sabah (Warisan) sebelum ini, bukanlah merujuk kepada orang luar tidak dibenarkan masuk ke negeri ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, sebaliknya perkara itu merujuk kepada perjuangan pihaknya dalam isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang digunakan sepanjang kempen pilihan raya lalu oleh parti Warisan.
Beliau berkata, selain Sabah, beliau turut percaya negeri-negeri lain juga mempunyai slogan berlainan untuk memperjuangkan hak asal atau autonomi mereka.
"Ia bukanlah bermakna bukan rakyat Sabah dilarang masuk Sabah, tetapi slogan itu untuk MA63.
"Itu adalah tuntutan kita dari Sabah, bukan pengertian kita parokial (terbatas), negeri lain pun ada slogan dia," katanya dalam sidang media di Kota Kinabalu, pada Selasa.
Terdahulu, perkara itu disentuh oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak bersetuju terhadap penggunaan slogan menggunakan sentimen negeri.
Dalam kenyataannya di ibu negara baru-baru ini, Dr Mahathir merujuk kepada slogan 'Sabah Untuk Rakyat Sabah' atau 'Sarawak Untuk Rakyat Sarawak' yang dilabelkan tidak baik untuk negara.
Beliau turut mengingatkan semua rakyat adalah rakyat Malaysia dan bukanlah wilayah tertentu dengan beranggapan slogan berkenaan selalu digunakan orang politik atau NGO sebelum ini bagi menuntut autonomi.
Sementara itu, ketika mengulas lanjut, Mohd Shafie bersetuju dengan kenyataan Dr Mahathir tersebut dalam membangunkan negara ini.
"Saya setuju dengan Tun, apa yang penting apabila kita membina negara ia perlu perasaan cintakan ke arah Malaysia," katanya.
Bagaimanapun, beliau berharap semua rakyat Sabah untuk turut membantu membangunkan negeri ini dalam usaha menarik ramai pelabur bagi meningkatkan aspek ekonomi sedia ada.
Ruzaini Zulkepli
Tue Aug 20 2019
MOHD SHAFIE: Saya setuju dengan Tun, apa yang penting apabila kita membina negara ia perlu perasaan cintakan ke arah Malaysia. - Gambar fail
Lebih 14,000 kanak-kanak dibunuh di Gaza, Israel telah mengalahkan Hitler - Presiden Turki
Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai yang merupakan aib dalam sejarah manusia, baik di Gaza dan Tebing Barat, tegas Erdogan.
14 orang cedera dalam serangan Hizbullah ke atas pusat komando Israel
Hizbullah sifatkan, serangan itu "sebagai tindak balas kepada pembunuhan beberapa pejuang penentangan."
Israel akan mempertahankan dirinya sendiri - Benjamin Netanyahu
Israel akan membuat keputusan sendiri dan akan melakukan segala yang diperlukan untuk mempertahankan diri.
Kerajaan Perak bantu pelajar bawa pulang kitab Turath
Kerajaan negeri Perak menghargai jasa pelajar tajaan MAIPk itu yang bersungguh-sungguh mengumpulkan khazanah berharga tersebut.
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Cadangan institusikan amalan berhubung pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman Sabah, Sarawak diteliti
Fadillah berkata itu sedang dibincangkan dalam platform perundingan Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63) dan Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63.
MA63: Sembilan tuntutan asas selesai sepenuhnya
Sebanyak sembilan perkara atau tuntutan asas berkenaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah selesai sepenuhnya setakat ini.
[KOLUMNIS] MA63: Pencapaian selepas dua tahun, satu kejayaan buat Sabah, Sarawak
DEWAN RAKYAT pada 14 Disember 2021 meluluskan RUU meminda Perlembagaan Persekutuan berkaitan MA63 bagi memberi pengiktirafan kepada tuntutan dan status istimewa Sabah dan Sarawak.
Dua ahli baharu Jawatankuasa Teknikal MA63 dimuktamad bulan ini - Fadillah
Dua ahli baharu dalam Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (JKTMTPMA63) akan dimuktamadkan pada bulan ini.
MA63: Pelaksanaan sepenuhnya hak Sabah dalam rundingan, perbincangan bawah MTPMA63
Pelaksanaan sepenuhnya hak Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 masih dalam perbincangan dan pelaksanaan di bawah MTPMA63 persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu hari ini.
Kongres PKR: 'Zaman Anwar terbuka bincang MA63'
Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat terbuka membincangkan, malah konsisten dalam memperjuangkan agenda Perjanjian Malaysia 1963.
Sarawak kemuka cadangan tambah Ahli Parlimen
Kerajaan Sarawak telah mengemukakan cadangan supaya jumlah Ahli Dewan Rakyat dari negeri itu ditambah bagi mewakili 35 peratus daripada jumlah keseluruhan anggota Dewan Rakyat.
MA63: Autonomi pendidikan Sarawak dibawa ke MTP untuk persetujuan
Permohonan kuasa autonomi pendidikan untuk Sarawak akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan (MTP) bagi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
MA63: Banyak kejayaan dicapai kerajaan Sabah diterajui GRS
Hajiji berkata, beberapa peristiwa penting telah dicapai oleh kerajaan negeri berhubung MA63 termasuk dalam sektor minyak dan gas.
Formula pemberian 40 peratus hasil Sabah dimuktamad Julai 2024 - Ewon
Kerajaan Persekutuan bersetuju memuktamadkan pelaksanaan formula 40 peratus pemberian hasil Sabah menjelang Julai tahun depan, kata Datuk Ewon Benedick.