KOTA KINABALU: Sokongan Barisan Nasional (BN) yang dizahirkan oleh Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengukuhkan lagi Kerajaan Perpaduan yang diterajui Datuk Seri Hajiji Noor selaku Ketua Menteri di negeri itu.
Jelas Hajiji, tidak wujud rasa dendam terhadap mana-mana pemimpin BN Sabah rentetan pergolakan politik yang berlaku baru-baru ini di negeri itu malah beliau menyeru semua pemimpin agar kembali fokus kepada tujuan asal politik iaitu untuk menyatupadukan rakyat bagi memacu pertumbuhan ekonomi.
"Ini bermakna bahawa kerajaan negeri akan bertambah kukuh dalam konsep Kerajaan Perpaduan yang dipelopori oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
"Politik ini janganlah dendam-dendam. Yang penting untuk kepentingan rakyat dan juga negeri Sabah. Itu yang penting. Itulah tujuannya pemimpin-pemimpin ini supaya fokus kepada penyatuan rakyat, perpaduan, dan juga pembangunan negeri supaya aktiviti ekonomi kita bertambah rancak dan rakyat akan mendapat manfaatnya. Ini tujuan kita berjuang, berpolitik", ujar Hajiji ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Seminar Membangun Malaysia Madani di Sabah International Convention Centre pada Selasa.
Sementara itu Hajiji masih menunggu rundingan yang bakal diadakan di antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan BN mengenai kerjasama di antara kedua gabungan parti itu dalam Kerajaan Perpaduan Sabah dan keputusan mengenainya akan diumumkan kelak.
Ujar Hajiji, beliau menyambut baik pelantikan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Yakub Khan yang akan mewakili UMNO dalam rundingan dengan GRS itu nanti selain menyatakan keterbukaan beliau dalam hal sedemikian demi kepentingan rakyat Sabah dan pelan pembangunan Sabah Maju Jaya yang diterajuinya.
"Kita tidak ada masalah (perlantikan Yakub). Yang penting ianya baik untuk rakyat, untuk negeri Sabah kita.
"Jadi bagi saya, saya terbuka dalam hal-hal seumpama ini kerana niat saya ialah untuk mensejahterakan rakyat, menyatupadukan rakyat dan juga fokus kepada membangunkan negeri dengan pembangunan yang telah kita lancar dan juga program Sabah Maju Jaya", tambah Hajiji.
Terdahulu, BN melalui satu kenyataan media oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Hajiji selaku Ketua Menteri Sabah sekaligus menimbulkan tanya tanda mengenai pendirian BN Sabah yang telah menarik sokongan daripada Hajiji pada 6 Januari lalu.
BACA: BN nyata sokongan kepada Kerajaan Negeri Sabah pimpinan Hajiji
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Zambry pada 12 Februari, turut dinamakan sebagai wakil UMNO yang akan berunding dengan GRS mengenai bentuk kerjasama Kerajaan Perpaduan Sabah, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Yakub Khan.
Abdul Hafiz Mustadi
Tue Feb 14 2023

Hajiji masih menunggu rundingan yang bakal diadakan di antara GRS dan BN mengenai kerjasama di antara kedua gabungan parti itu dalam Kerajaan Perpaduan Sabah. - Foto Bernama

DSV mahu kembalikan zaman kegemilangan Kelantan FC
Jika berjaya ambil alih, ini kali kedua DSV terlibat dengan Kelantan FC, selepas pada 2016, dengan nilai tajaan melebihi RM16 juta.

UCL 2023: Manchester City muncul juara, tundukkan Inter Milan
Inter Milan hampir menyamakan kedudukan pada minit-minit akhir apabila sepakan Romelu Lukaku diselamatkan oleh Ederson.

PAU2023: UMNO perlu bangkit jadi pilihan rakyat - Wan Rosdy
Wan Rosdy membangkitkan persoalan, adakah ahli UMNO dan BN gagal mempengaruhi keluarga dan saudara terdekat untuk menyokongnya.

Resepi para renang, olahraga boleh jadi inspirasi buat atlet normal - Hannah
Ia juga bertujuan melihat 'rahsia' kejayaan 50 emas, 38 perak dan 34 gangsa yang diraih kontinjen para negara untuk dikongsikan bersama MOM.

Belarus akan terima senjata nuklear pada Julai - Putin
Putin berkata persiapan di kemudahan berkaitan akan diselesaikan pada 7 dan 8 Julai sebelum pemindahan senjata nuklear dilaksanakan.

Kemudahan mesra OKU di Malaysia masih rendah - Nancy
Perbincangan bersama kementerian lain dan penelitian dasar OKU di luar negara akan dilakukan bagi memastikan peningkatan di negara ini.

PRN: PRM kenal pasti tiga calon berpotensi
Mereka ialah Teh Yee Cheu bagi kerusi DUN Air Putih, Lee Chui Wah (Tanjung Bungah) dan Abdul Ghani Haroon (Pantai Jerejak).

Perak pengeluar terbesar arowana pada 2022 - Jabatan Perikanan
Jumlah berkenaan adalah sebahagian besar daripada pengeluaran sebanyak 1,172,544 ekor arowana negara pada 2022.

Haqimi Azim digugur dari skuad kebangsaan atas faktor kesihatan
Pan Gon berkata, hasil pemantauan mendapati, tiada tanda positif Haqimi Azim dapat hadir menjalani kem latihan bersama rakan pasukan.

Ibu kepada pelajar 11A meninggal dunia
Tuan Faridah Tuan Ismail menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8.40 malam.

Rizab margin bekalan air Sabah rendah pada tahap 7.3 peratus - Armizan
Rizab margin bekalan air di Sabah kini adalah rendah pada tahap 7.3 peratus.

2 pelajar kritikal, 18 dirawat di hospital minum air campur spirit ganti arak
Dua pelajar kritikal manakala 18 lagi menerima rawatan selepas meminum minuman berkarbonat yang disyaki dicampur dengan spirit di Pitas.

SPRM bantu pantau dana RM320 juta selesai isu air Sabah - Azam Baki
SPRM akan memantau pengurusan dana sebanyak RM320 juta yang diperuntukkan Kerajaan Persekutuan kepada negeri Sabah untuk menyelesaikan masalah air di negeri itu.

Budak 4 tahun cedera digigit kumpulan anjing liar
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera selepas diserang sekumpulan anjing liar dalam kejadian di kawasan lapang Jalan Mampakad Laut, di Pitas pada Rabu.

Gempa bumi lemah Semporna: Gegaran dirasai, tiada kejadian tidak diingini - Bomba
Penduduk yang tinggal di kawasan Semporna, Sabah malam ini merasai gegaran akibat kejadian gempa bumi lemah yang melanda kawasan itu.

Gempa bumi lemah di Semporna, Sabah
Gempa bumi lemah dengan magnitud 2.6 melanda Semporna, Sabah pada 7.39 malam tadi.

Liga Super: Lee Tuck bantu Kedah atasi Sabah 2-1
Dua jaringan Lee Tuck membantu Kedah Darul Aman (KDA FC) memanjat satu anak tangga ke tempat keempat Liga Super 2023 selepas menundukkan Sabah FC 2-1 di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam ini.

INSKEN buka cawangan pertama di Sabah, sedia latihan usahawan
Terletak di Wisma IDS, Penampang, Kampus INSKEN Sabah beroperasi dari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Hajiji optimis bantuan kerajaan percepatkan rancangan selesai masalah air di Sabah
Dana itu akan digunakan untuk pelaksanaan enam program merangkumi 20 projek di seluruh negeri.

AGC akan bantah permohonan Bersatu supaya empat kerusi Parlimen Sabah dikosongkan
Jabatan Peguam Negara akan membantah permohonan Bersatu untuk dapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman terhadap Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul dan empat ahli Parlimen Sabah.