KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk terus memberi sokongan kepada Kerajaan Negeri Sabah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, pendirian itu sejajar dengan ketetapan parti-parti di peringkat Persekutuan yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
Menurutnya, Sekretariat Tetap Kerajaan Perpaduan Malaysia juga telah dibentuk untuk menyelaras semua parti yang berada dalam kerajaan.
"Ini termasuk ketetapan Majlis Pimpinan Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia yang bersidang pada 7 Februari lalu untuk diwujudkan sekretariat serupa di peringkat negeri-negeri termasuk Sabah.
"Barisan Nasional Sabah dipertanggungjawabkan bagi menggembleng segala usaha dan upaya untuk memastikan agenda perpaduan ini dapat direalisasikan.
"Ia sekali gus memberikan khidmat bakti terbaik kepada rakyat Sabah melalui Kerajaan Perpaduan Sabah," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Tambah beliau, BN menamakan Datuk Yakub Khan selaku Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah untuk mewakili UMNO dan BN Sabah dalam perundingan dengan Kerajaan Perpaduan Sabah.
Astro AWANI pada 13 Mac lepas melaporkan, Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengesahkan gabungan itu kini secara rasminya berdaftar sebagai sebuah badan politik.
Jelas Hajiji pihaknya sudah menerima sijil kelulusan pendaftaran bagi gabungan itu daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) pada Jumaat lalu.
Perkembangan mutakhir itu sedikit sebanyak meredakan suhu politik di Sabah yang sedikit panas pasca-Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ridauddin Daud
Sun Feb 12 2023

Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, pendirian itu sejajar dengan ketetapan parti-parti di peringkat Persekutuan yang membentuk Kerajaan Perpaduan. - Gambar fail

Kereta klasik Beetle, van Kombi Volkswagen kini koleksi berharga
Kereta jenis Beetle dan van Kombi daripada pengeluar kereta utama Jerman, Volkswagen itu kini menjadi koleksi berharga.

Kes selesema melonjak di Australia
Kes influenza di Australia melonjak lebih 40 peratus dalam tempoh dua minggu ketika negara itu menghampiri musim sejuk.

Tiga kereta di bahu jalan musnah terbakar
Kebakaran itu tidak membabitkan mangsa dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Iktiraf Presiden PBM: Zuraida gagal dapat kebenaran mahkamah
Zuraida Kamaruddin gagal mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman daripada Mahkamah Tinggi supaya RoS mengiktirafnya sebagai Presiden PBM.

PBB kutuk Israel bunuh kanak-kanak Palestin
PBB menggesa pihak berkuasa Israel supaya mengambil tindakan ke atas "mereka yang bertanggungjawab".

Simone Inzaghi label Man City 'pasukan terkuat dunia'
Anak buah Pep Guardiola menjadi pilihan utama untuk melengkapkan treble sama yang dimenangi oleh Manchester United pada 1999.

Wanita warga emas rentung dalam kebakaran di Mukah
Warga emas berusia dalam lingkungan 80-an dan belum dikenal pasti identitinya itu dijumpai di bawah runtuhan rumah.

Cuaca panas: Suku Semaq Beri ikut adat kembali ke hutan
Sudah menjadi kelaziman bagi mereka meninggalkan kediaman masing-masing di Kampung Sungai Berua dan berpindah ke dalam hutan.

Pulau Pinang milik Kedah: PM sifatkan 'gelojoh kuasa', serah kepada Peguam Negara
Anwar menyerahkan siasatan terhadap kes tersebut kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan yang sesuai.

Anak menangis lihat Shukri Yahaya kemalangan, Ezzrin Loy mohon maaf, datang bawa hadiah
Tular video merakamkan kereta dipandu Shukri hilang kawalan selepas berlanggar dengan kenderaan yang didakwa dipandu Ezzrin.

Jangan ada pihak berlagak suci, harap sokong RUU Antilompat Parti - Armizan
Armizan turut menafikan dakwaan bahawa Kerajaan Negeri sengaja melengahkan pembentangan RUU Antilompat Parti.

Shahelmey terima keputusan digantung keahlian UMNO dengan lapang dada
Ahli Parlimen Putatan, Datuk Shahelmey Yahya menerima pengumuman yang mendakwa beliau telah digantung keahlian UMNO dengan lapang dada.

ADUN lompat parti tindakan tidak berpelembagaan - Warisan
Tindakan ADUN melompat selepas pindaan Perlembagaan Persekutuan kepada Akta Antilompat Parti dianggap tidak berpelembagaan.

Dua pemimpin UMNO Kinabatangan umum keluar parti, sokong Hajiji
Dua pemimpin UMNO bahagian Kinabatangan mengisytiharkan keluar parti dan mengumumkan akan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

Lima ADUN Sabah keluar UMNO, umum sertai Gagasan Rakyat dipimpin Hajiji
Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO bertindak keluar daripada parti dan mengumumkan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

KDM umum beri sokongan penuh kepada Hajiji sebagai KM Sabah
Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) mengumumkan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.

Hajiji terus dapat sokongan kini PBRS kekal beri kerjasama majukan Sabah
Kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor selaku Ketua Menteri Sabah terus kukuh apabila Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) hari ini menyatakan sokongan kepada beliau.

BN nyata sokongan kepada Kerajaan Negeri Sabah pimpinan Hajiji
Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk terus memberi sokongan kepada Kerajaan Perpaduan Sabah pimpinan Datuk Hajiji Noor.

Tiga ADUN Warisan umum keluar parti, sokong Hajiji
Ketiga-tiga memaklumkan memilih menjadi ADUN Bebas dan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Negeri Sabah di bawah pimpinan Datuk Seri Hajiji.

Beri tumpuan utama kepada perpaduan dan pembangunan rakyat - Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyeru semua pihak terus menjalankan tugas sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, terutamanya kepada rakyat.