awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penumpang BAS.MY di Negeri Sembilan catat peningkatan 35 peratus - Exco
Syahir Rosdi punya sebab tepis dilabel tekong terbaik dunia
Malaysia angkat kebersamaan ASEAN dalam dunia bergolak - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sokongan jadi perdana menteri, saya boleh - Anwar Ibrahim

Assim Hassan
Assim Hassan
20/09/2020
12:07 MYT
Sokongan jadi perdana menteri, saya boleh - Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim mengesahkan beliau mempunyai kebolehan dan mampu mendapat sokongan sebagai perdana menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15. - Foto Astro AWANI
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau mempunyai kebolehan dan mampu mendapat sokongan sebagai perdana menteri jika kembali ke Putrajaya.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, tidak timbul soal memberi laluan kepada pemimpin lain kerana beliau boleh melakukannya.
“Dia (Lim Guan Eng) beri pandangan dan kita tidak mempunyai masalah tentang pandangan itu.
“Pandangannya (untuk saya) memberi laluan kalau saya tidak boleh... tapi jawapan saya, saya boleh,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP yang meletakkan nama Anwar dan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri.
Guan Eng yang dipetik portal Free Malaysia Today mendakwa ahli Pakatan Harapan termasuk ahli Parlimen daripada parti dalam gabungan itu, yakin dengan kemampuan salah satu calon itu untuk meraih sokongan bagi membentuk kerajaan.
“Kami menyokong Anwar untuk mendapat jumlah itu, tetapi jika beliau tidak mampu, kami perlu memberi Shafie peluang dan penghormatan sewajarnya kepada PM pertama dari Malaysia Timur,” jelas Guan Eng.
Sementara itu, Anwar turut bersetuju dengan cadangan Mohd Shafie bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu membenarkan pesakit COVID-19 menunaikan tanggungjawab mengundi.
“Saya setuju kerana pesakit COVID-19 harus diberi ruang untuk mengundi tetapi perlu mengikut peraturan-peraturan ditetapkan,” katanya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#calon perdana menteri
#Lim Guan Eng
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
#pilihan raya umum
#PKR
#Shafie Apdal
#sokongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan