awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sokongan terhadap UMNO akan terus merosot jika terus bersama DAP - Tun M

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
04/12/2023
03:25 MYT
Sokongan terhadap UMNO akan terus merosot jika terus bersama DAP - Tun M
Tun M mendakwa selagi UMNO terus bekerjasama dengan DAP sokongan terhadap parti itu akan terus merosot. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman menunjukkan sokongan kepada UMNO merosot sekali lagi.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, selagi UMNO terus bekerjasama dengan DAP sokongan terhadap parti itu akan terus merosot.
Dr. Mahathir berkata, UMNO akan terhapus sama sekali dalam Pilihan Raya Umum akan datang dan yang boleh menyelamatkan parti itu hanyalah pemisahan daripada DAP dan kembalikan perjuangan untuk bangsa, negara dan agama.
"Selain itu, pemimpin yang usang perlu digugurkan dan masalah Melayu perlu diperjuangkan semula, hhusus berkenaan kemiskinan orang Melayu," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
KEMAMAN 1. Kemaman menunjuk bahawa sokongan kepada UMNO merosot lagi. Selagi UMNO bersekongkol dengan DAP sokongan kepada UMNO akan terus merosot. 2. Semua sedar UMNO bukan lagi berjuang untuk bangsa, negara dan agama. Perjuangan UMNO ialah untuk duit, untuk selamatkan
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) December 4, 2023
Mengulas lanjut, bekas Perdana Menteri itu mendakwa, UMNO bukan lagi berjuang untuk bangsa, negara dan agama.
"Perjuangan UMNO ialah untuk duit, untuk selamatkan kepimpinan yang bersekongkol dengan jenayah. Lagipun pengundi UMNO bukan lagi yang ketahui jasa UMNO kepada negara. Mereka sudah tua dan tidak lagi aktif dalam arena politik.
"Pengundi muda dibesar setelah negara maju. Mereka berpendapat memanglah negara maju sehingga penuh dengan pencakar langit. Peranan UMNO memajukan negara dari kemiskinan dahulu sehingga separuh maju sekarang tidak disedari oleh mereka.
"Saya sedih kerana bapa yang menyelamat UMNO pada satu masa dahulu, anak yang musnahkan UMNO setelah mengambil alih kepimpinan," kata beliau.
Dr Mahathir berkata, suka atau tidak itulah kenyataan dan mesej daripada keputusan PRK Kemaman.
Pada Sabtu lalu, Pas mengekalkan penguasaan di Parlimen Kemaman apabila calonnya Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar menang dengan majoriti 37,220 undi hasil kiraan daripada keseluruhan 249 peti undi bagi PRK itu.
Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu mendapat 64,998 undi manakala lawannya dari calon BN, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dengan 27,778 undi.
Majoriti yang diperoleh calon Pas kali ini melebihi 10,041 undi berbanding penyandang sebelum ini, Che Alias Hamid yang memperoleh majoriti sebanyak 27,179 undi.
Dapatkan berita terkini PRK Kemaman di sini
Topic Berkaitan
#PRK Kemaman
#Mahathir Mohamad
#UMNO
#DAP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan