awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SOP PRN Sarawak perlu ambil kira pengundi kawasan pedalaman - Penganalisis

Israr Khalid
Israr Khalid
24/11/2021
23:33 MYT
SOP PRN Sarawak perlu ambil kira pengundi kawasan pedalaman - Penganalisis
Kebanyakan kawasan di Sarawak masih tidak mempunyai keterhubungan internet yang baik. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 yang bakal dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak nanti perlu mengambil kira segala aspek yang ada di negeri itu.
Saran penganalisis politik dari UNIMAS, Dick Lembang Dugun, apa yang ditetapkan di Melaka pada PRN tempoh hari tidak boleh dibawa ke Sarawak memandangkan geografi dan demografinya yang berbeza.
Katanya, keselamatan kesihatan tetap perlu dititik beratkan dalam meraikan demokrasi, namun tidaklah perlu terlalu ketat sehingga menyukarkan usaha berkempen di negeri terbesar Malaysia itu.
“Harus diingatkan di Sarawak ini jaringan internet sangat lemah terutama di kawasan pinggir bandar dan pedalaman, juga kebanyakan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ini berada di luar bandar.
“Ini adalah satu perkara yang perlu difikirkan dan satu penyelesaian yang tuntas amat dituntut daripada SPR bagi memastikan maklumat dan manifesto yang dibawa calon-calon bertanding sampai kepada rakyat di akar umbi di kawasan pedalaman ini,” katanya.
Seandainya SOP yang terlalu ketat menyebabkan maklumat sukar sampai ke setiap pelusuk negeri, pengundi akan terpinga-pinga dan akhirnya tidak dapat membuat keputusan dengan pertimbangan yang jelas.
Juga dalam mengambil kira semua perkara tersebut, Dick juga menyeru SPR supaya SOP itu diumumkan sesegera mungkin bagi memudahkan perancangan semua pihak terlibat, dari parti yang bertanding hinggalah rakyat.
Tonton temu bual penuh beliau dalam Agenda AWANI Sarawak Memilih bersama hos Assim Hassan, di sini:
SOP PRN Sarawak perlu fikir pengundi pedalaman - Penganalisis
Agenda AWANI: Sarawak Memilih I Perketat SOP, siap siaga PRN Sarawak
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#PRN Sarawak
#SOP
#SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan