awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lagi gempa bumi di Indonesia, berukuran 5.9 magnitud di kepulauan Tanimbar
Ajaran sesat: Kerajaan tidak ambil ringan, dapatkan laporan dari negeri - Marhamah
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPR perlu tetapkan SOP selamat menjelang PRN12 - Abang Jo

Fadilah Sulaiman
Fadilah Sulaiman
26/10/2020
08:44 MYT
SPR perlu tetapkan SOP selamat menjelang PRN12 - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menetapkan SOP menjelang PRN12.
LUNDU:Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menetapkan prosedur operasi standard (SOP) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12.
Ketua Menteri menegaskan, SOP yang itu perlu mengambil kira keadaan semasa pandemik COVID-19 sekali gus memboleh PRN 12 diadakan dalam suasana selamat.
"Kita tiada pilihan untuk tidak mengadakan PRN 12 kerana darurat juga tidak diisytiharkan. Ini bermakna kerajaan negeri berjalan seperti biasa. Kita tahu tempoh pemerintahan akan berakhir dan mandat akan diserahkan semula kepada rakyat.
"Kalau darurat (akibat COVID-19) tidak ada, kita serah kepada SPR untuk menyediakan SOP yang membolehkan kita mengadakan pilihan raya dalam suasana terkawal dan selamat. Itu saya serah kepada SPR," katanya semasa ditemui media di Majlis Pelancaran Melabuh Tukun Reef Ball di Perairan Sampadi-Tanjung Datu pada Isnin.
Tempoh penggal Dewan Undangan Negeri Sarawak berakhir pada April 2021 dan perlu mengadakan PRN 12 dalam tempoh 60 hari.
Abang Johari berkata, SPR boleh mengkaji pendekatan yang diambil Singapura dan New Zealand menguruskan pilihan raya ketika pandemik COVID-19.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#SPR SOP ketat
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#Abang Johari Tun Openg
#PRN Sarawak tetap berlangsung
#DUN Sarawak berakhir
#mandat rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan