awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Status kekosongan kerusi enam wakil rakyat Bersatu tertakluk kepada Speaker

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
08/06/2024
08:25 MYT
Status kekosongan kerusi enam wakil rakyat Bersatu tertakluk kepada Speaker
Ahmad Zahid berkata beliau juga menunggu keputusan yang akan dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, sekiranya notis pengosongan kerusi dibawa ke sidang Parlimen. - Gambar fail
BANTING: Speaker Dewan Rakyat akan membuat keputusan mengenai status enam Ahli Parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan mereka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Justeru, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pihak menunggu keputusan Tan Sri Johari Abdul, sama ada akan mengekalkan atau mengosongkan kerusi terbabit.
Katanya, Johari pasti akan menggunakan budi bicaranya dalam menangani isu berkenaan.
"Kita menyerahkan budi bicara ini mengikut peraturan Parlimen... kepada Speaker (Johari). Kita tunggu hingga persidangan Parlimen yang akan diadakan pada pertengahan bulan ini," katanya ketika ditemui selepas perasmian Hari Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Negara 2024 di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat, pada Sabtu.
Terdahulu, Johari mengesahkan belum menerima sebarang notis rasmi daripada mana-mana pihak berhubung kekosongan tersebut.
Beliau juga memerlukan masa untuk meneliti semua perkara dengan cermat, terutama melibatkan undang-undang.
Enam Ahli Parlimen itu digugurkan keahlian serta merta selepas gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tinggi (MPT) parti, untuk menzahirkan taat setia terhadap parti.
Enam Ahli Parlimen berkenaan adalah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).
Topic Berkaitan
#kekosongan kerusi
#wakil rakyat
#Bersatu
#Yang Dipertua Dewan Rakyat
#Speaker
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan