HANGAT terik matahari di Rembau, begitu juga hangatnya suasana hari penamaan calon di sini.
Calon Pakatan Harapan (PH) dari PKR bagi DUN Rantau, Dr. S.Streram tidak dibenarkan masuk ke Dewan Sri Rembau untuk menghantar borang pencalonan kerana tidak memiliki pas khas yang dikeluarkan SPR.
Ia sekali gus menyaksikan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menang tanpa bertanding dan mempertahankan kerusinya yang didudukinya untuk penggal keempat.
“Saya sudah bayar deposit, saya sudah isi borang pencalonan dan semua borang lengkap dan ditandatangani pegawai SPR.
“Tapi saya dengar di Tampin dan juga tempat-tempat lain mereka tak ada pas tapi dengan kad pengenalan mereka boleh masuk hantar borang. Saya hairan macam mana ini boleh berlaku,” keluh Dr. Streram.
Bagaimanapun ketika ditanya sama ada beliau sedia maklum bahawa pas itu perlu ada dan perlu dibuat awal, katanya beliau hanya mengetahui perkara itu petang semalam.
“Saya dengar mesti ambil pas dari pejabat daerah, saya datang ke pejabat daerah sekitar pukul 6. Saya sampai mereka sudah tutup pejabat.
“Lepas itu saya tanya mereka (kakitangan pejabat daerah) mungkin esok pagi boleh ambil. Saya dan orang-orang kita turun sini tanya untuk pas tapi mereka cakap tanpa pas kita tak boleh masuk.”
BACA: Mohamad Hasan menang tanpa bertanding di Rantau
BACA: KJ jawab kepada Rafizi, "Tanya calon PKR sendiri kenapa tak buat pas SPR"
Atas rasa tidak puas hati itu, beliau menyatakan akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau selepas acara pengumuman calon selesai tengah hari tadi.
Beliau juga mahu membawa kes ini ke mahkamah untuk membatalkan kemenangan percuma Mohamad di kerusi DUN itu.
Sementara itu, Exco Pemuda UMNO Malaysia, Ibdilillah Ishak turut membuat laporan di Balai Polis Pedas pada hari sama berhubung dakwaan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang menuduh Mohamad berkomplot dengan SPR untuk mengarahkan polis menghalang Dr Streram menghantar borang pencalonannya.
Kata Ibdil, fitnah itu turut membabitkan penyandang kerusi Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersekongkol dalam hal ini.
“(Saya harap) polis dapat menyegerakan siasatan terhadap Rafizi secepat mungkin di bawah Akta Anti-Berita Tidak Benar 2018 agar fitnah seperti ini dapat dihentikan segera.
“Tindakan Rafizi itu mencemar nama baik sebuah suruhanjaya yang berkecuali serta individu-individu yang telah dinamakan dalam kenyataan medianya,” kata Ibdil.
Israr Khalid
Sat Apr 28 2018
Streram mahu membawa kes itu ke mahkamah untuk membatalkan kemenangan percuma Mohamad di kerusi DUN Rantau. - Astro AWANI / Israr Khalid
Individu pamer gambar Agong pada kempen PRK KKB dipenjara sebulan, denda RM3,000
Majistret menjatuhkan hukuman itu ke atas P. Ramasamy, 66, selepas lelaki itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Kerani rugi RM109,540 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang kerani wanita sebuah syarikat swasta mengalami kerugian RM109,540 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud dalam talian.
Lelaki warga AS mengaku salah miliki video lucah, pornografi kanak-kanak
Tertuduh, David Matthew Frahm, mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Helmi Ghani.
KPKT umum pembinaan PPR Bestari Jaya, selesai masalah perumahan lima ladang di Selangor sejak 1998
KPKT mengumumkan pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bestari Jaya bagi menyelesaikan isu perumahan yang dihadapi 245 keluarga peneroka.
Isu kasino Forest City: Polis rekod keterangan petugas portal bahasa Inggeris
Polis merakam keterangan seorang petugas media sebuah portal berbahasa Inggeris bagi membantu siasatan berhubung penerbitan artikel mengenai kasino di Forest City.
[TERKINI] Majlis Perasmian Persidangan DSA & Natsec 2024
Majlis Pembukaan Pameran Dan Persidangan DSA & Natsec Asia 2024 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.
Syed Saddiq fail semakan tindakan PM, kerajaan henti peruntukan untuk Muar
Syed Saddiq dan tiga pengundi memfailkan permohonan kebenaran untuk mendapatkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi berhubung tindakan pemberhentian peruntukan untuk Parlimen Muar.
Liputan terhadap Israel, perang di Gaza tidak terjejas - Al Jazeera
Editor pengurusan Arab saluran itu, Mohamed Moawad berkata ada kaedah lain yang akan digunakan oleh pasukannya dalam membawakan perkembangan terkini dari tanah Palestin itu.
Polis nafi serangan terhadap Faisal, Akhyar berkait 'bookie'
Polis menafikan dakwaan kononnya kes serangan terhadap dua pemain bola sepak negara mempunyai kaitan dengan pengendali pertaruhan (bookie).
Polis tahan dua lelaki, rampas dadah lebih 21kg
Polis menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah di Jalan Medan Simpang, Simpang dekat Taiping.
Streram mahu bawa kes ke mahkamah, Ibdil mahu Rafizi disiasat kerana fitnah
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menang tanpa bertanding dan mempertahankan kerusinya yang didudukinya untuk penggal keempat.