awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#SuaraMalaysia: Ramai yang anggap kempen PRU15 meriah

Astro Awani
Astro Awani
13/11/2022
10:57 MYT
#SuaraMalaysia: Ramai yang anggap kempen PRU15 meriah
Daripada 1,209 responden yang mengikuti kaji selidik #SuaraMalaysia ini, didapati ramai menyatakan kempen yang diadakan di kawasan mereka meriah. - Gambar Astro AWANI
KEMPEN yang dijalankan oleh calon dan parti yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semakin hangat menjelang 19 Nov.
Dengan hari mengundi yang semakin hampir, kami telah bertanyakan kepada pembaca dan penonton Astro AWANI mengenai kecenderungan, serta isu-isu berkaitan pilihan raya di pelbagai platform kami.
Ini soalan yang kami lontarkan sejak 12 tengah malam tadi - Adakah kempen PRU15 di kawasan anda meriah?
Kami beri tiga pilihan jawapan dan ini keputusan yang diperolehi setakat jam 6 petang Sabtu.
Daripada 1,209 responden yang mengikuti kaji selidik #SuaraMalaysia ini, didapati ramai menyatakan kempen yang diadakan di kawasan mereka meriah.
Sebanyak 46 peratus memilih 'ya', diikuti 40 peratus 'tidak', manakala 14 peratus 'tidak peduli'.
Mengangkat tema "Malaysia Memilih" sempena PRU15, Astro AWANI menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu.
Kaji selidik itu kami bincangkan menerusi diskusi bersama wakil politik, penganalisis, dan badan-badan bukan kerajaan.
Soalan baharu akan dikemukakan bermula Buletin AWANI jam 12 tengah malam, dan keputusan akan dikongsi pada keesokan harinya.
Kami juga akan menggunakan tanda pagar #SuaraMalaysia di media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.
Apa yang perlu anda buat, tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan imbas kod QR yang tertera untuk mengakses soalan yang disediakan.
Kaji selidik itu kami bincangkan menerusi diskusi bersama wakil politik, penganalisis, dan badan-badan bukan kerajaan.
Kaji selidik itu kami bincangkan menerusi diskusi bersama wakil politik, penganalisis, dan badan-badan bukan kerajaan.
Topic Berkaitan
#SuaraMalaysia
#kaji selidik
#PRU15
#politik
#calon
#parti
#kempen
#soalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan