awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Surat dari ketua parti bukti Anwar ada sokongan? Ini pendapat Mahfuz

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
14/10/2020
09:06 MYT
Surat dari ketua parti bukti Anwar ada sokongan? Ini pendapat Mahfuz
Beranikah Muhyiddin mendapatkan surat akuan bersumpah dari ahli-ahli parlimen untuk membuktikan sokongan kepada beliau?, soal Mahfuz. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Surat dari ketua-ketua parti menunjukkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat membuktikan beliau mempunyai sokongan majoriti dari ahli parlimen, kata Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar.
Mahfuz berkata, ketika Anwar menunjukkan sokongannya menerusi surat ketua-ketua parti, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula hanya menyerahkan pada kuasa budi-bicara Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
"Sepatutnya Muhyiddin mengemukakan senarai ahli-ahli Parlimen yang menyokongnya jika beliau yakin mendapat sokongan majoriti.
"Beranikah Muhyiddin mendapatkan surat akuan bersumpah dari ahli-ahli Parlimen untuk membuktikan sokongan kepada beliau?" katanya kepada Astro AWANI, di sini hari ini.
Mahfuz mengulas kenyataan Istana Negara tentang pertemuan Al-Sultan Abdullah dengan Anwar pada Selasa.
BACA: Anwar dakwa ada sokongan lebih 120 Ahli Parlimen, mohon Agong diberi ruang dan masa
BACA: Tindakan Anwar ke Istana Negara: 'Saya serah pada kebijaksanaan Agong' - Muhyiddin
Sementara itu, mengulas mengenai usaha kerajaan dalam menangani COVID-19, Mahfuz menyifatkan Muhyiddin gagal dalam menyediakan perancangan menghadapi pandemik COVID-19 khususnya dalam memacu ekonomi negara dalam fasa norma baharu.
Pada Selasa, Istana Negara memaklumkan bahawa Anwar tidak menyerahkan kepada Yang di-Pertuan Agong senarai nama ahli Dewan Rakyat yang beliau mendakwa menyokongnya untuk membentuk sebuah kerajaan baharu dengan lebih 120 majoriti yang didakwa diterima dari beberapa fragmen parti politik di negara ini.
Sebaliknya, Presiden PKR itu hanya mengemukakan jumlah mereka yang menyokongnya dalam pertemuan yang berlangsung kira-kira 25 minit itu.
Topic Berkaitan
#Parti Amanah Negara
#Amanah
#Mahfuz Omar
#sokongan
#Anwar Ibrahim
#Muhyiddin Yassin
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan