awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Surat ditandatangan bukan bon atau kosongkan kerusi

Sinar Harian
Sinar Harian
27/07/2023
01:30 MYT
Surat ditandatangan bukan bon atau kosongkan kerusi
Sinar Harian sebelum ini melaporkan Warisan tetap akan mengambil tindakan terhadap ADUN yang keluar daripada parti itu ke mahkamah. Gambar kecil: Awang Ahmad Sah. - Foto Sinar Harian
PUTATAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Sahari memaklumkan bahawa kandungan surat yang ditandatanganinya bersama Parti Warisan (Warisan) bukan berkaitan bon ataupun diminta untuk mengosongkan kerusi jika keluar daripada parti.
Sebaliknya, beliau berkata, surat yang ditandatanganinya itu hanya berkaitan individu dijadikan calon dan berjanji supaya setia kepada parti.
"Kita tidak tandatangan bon, cuma tandatangani (surat) untuk menjadi calon dan berjanji setia kepada parti.
"Tidak begitu (kandungan surat nyatakan perlu kosongkan kerusi)," katanya ringkas kepada pemberita ketika ditanya mengenai kenyataan Warisan akan tetap mengheret 11 ADUN yang keluar daripada Warisan ke mahkamah.
Ujarnya, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang surat mengenai tindakan saman.
"Belum ada tindakan saman, sehingga ke hari ini saya belum terima surat daripada peguam.
"Saya tidak risau, ini masalah Warisan dan kalau dibawa ke mahkamah, terserah kepada mahkamah untuk membuat keputusan," katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan Warisan tetap akan mengambil tindakan terhadap ADUN yang keluar daripada parti itu ke mahkamah.
Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, tindakan akan diambil atas kesalahan melanggar syarat perjanjian yang telah ditandatangani bersama parti Warisan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mohd Shafie Apdal
#ADUN keluar Warisan
#saman
#Awang Ahmad Sah Sahari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan