KUALA LUMPUR: KAMI mengalu-alukan pengumuman DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bahawa PKR akan meletakkan 30% calon wanita untuk bertanding pada PRU 15. Namun kami yang mewakili Gerakan-gerakan Masyarakat Sivil (CSO) yang disebutkan di bawah, ingin meluahkan rasa bimbang terhadap satu laporan berita baru-baru ini bertajuk ‘Wanita PKR fuming over possible cuts to women candidates in GE15: sources’ yang diterbitkan pada 20 Oktober 2022 oleh The Vibes, yang tanpa menamakan sumber, telah memetik kenyataan daripada beberapa ahli PKR yang mengatakan bahawa parti tersebut kemungkinan akan mengurangkan bilangan calon wanitanya, meskipun sudah berjanji sebaliknya.

Artikel tersebut menyebut nama beberapa penyandang kerusi Parlimen seperti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Maria Chin Abdullah, Datin Tan Yee Kew dan June Leow Hsiad Hui, sebagai nama yang dikhabarkan akan digantikan oleh calon lelaki.

Kak Wan merupakan seorang tokoh utama dalam politik Malaysia, iaitu seorang yang telah memimpin PKR, gabungan parti-parti pembangkang dan gerakan reformasi ketika ia menghadapi detik-detik paling mencabar dalam sejarahnya. Beliau juga merupakan Timbalan Perdana Menteri wanita pertama Malaysia dan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Pengalaman dan pandangan beliau adalah tidak ternilai dan tidak sepatutnya diabaikan pada masa yang genting dalam politik Malaysia.

Sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk beliau meninggalkan dunia politik kerana peranannya dalam politik Malaysia tiada tandingnya. Kak Wan kekal sebagai calon yang kuat, seorang yang menjadi simbol harapan dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi. Beliau terus mendapat sokongan ramai rakyat Malaysia dan bakal menjadi suara penting ketika kita menghadapi 'ibu segala pilihan raya'.

Satu lagi nama yang disebut dalam artikel The Vibes adalah Maria Chin Abdullah, bekas pengerusi Bersih dan pemimpin yang terkenal dalam kalangan aktivis wanita dan hak asasi manusia di Malaysia. Sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya, beliau mempunyai rekod prestasi yang terbukti dan telah giat memperjuangkan dan menyuarakan isu-isu seperti pembaharuan institusi dan undang-undang, hak asasi manusia, kemiskinan, diskriminasi jantina dan isu wanita. Sebagai ahli parlimen, beliau telah mengumpul dan menyatukan
sokongan daripada kalangan CSO bagi memperjuangkan isu-isu tersebut dan telah menyediakan kami satu platform bagi mencari ruang persefahaman antara ahli parlimen dan aktivis semasa Parlimen ke-14.

Pergerakan Masyarakat Sivil masih memerlukan lebih ramai aktivis seperti Maria di Dewan Rakyat. Perubahan yang telah kita bawa setakat ini, walaupun penting, amat sedikit jika dibandingkan dengan kerja di hadapan kami.

Artikel The Vibes juga menyatakan bahawa terdapat calon wanita baru yang sedang dipertimbangkan untuk kerusi Parlimen, namun mereka akan diberi kerusi-kerusi yang sukar untuk dimenangi.

Hanya terdapat 84 wanita yang berjaya ke Dewan Rakyat sejak penubuhannya pada tahun 1959. Parlimen ke-14 telah menyaksikan hanya 14.86% perwakilan wanita. Wanita kekal kurang diwakili dalam politik walaupun hampir separuh penduduk Malaysia adalah wanita.

Walaupun terdapat pengecualian, bagi kebanyakan wanita Malaysia, tidak kiralah betapa gigihnya mereka bekerja dan berapa banyak pengorbanan mereka, sistem yang sedia ada tidak menyebelahi mereka. Kita tidak mahu suara mereka hilang dan keazaman mereka untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian, terpadam dan dilupakan.

Kepentingan meningkatkan bilangan perwakilan wanita di Parlimen tidak boleh dinafikan. Ia merupakan satu fakta yang jelas terbukti dan terdapat banyak contoh dari seluruh dunia. Meskipun kandungan artikel ini boleh diketepikan sebagai khabar angin semata-mata, ia telah membangkitkan keresahan dan sedikit sebanyak melemahkan semangat dan kepercayaan kami bahawa PKR dan Harapan akan menggerakkan gelombang perubahan untuk meningkatkan perwakilan wanita pada pilihan raya akan datang ini. Tanggapan sedemikian tidak boleh diterima oleh kebanyakan kami kerana kesaksamaan gender adalah satu tonggak utama dalam agenda reformasi.

Oleh itu, kami ingin menggesa PKR agar mempertimbangkan rayuan kami untuk membenarkan mantan Ahli Parlimen wanita Parlimen ke-14 menyandang kerusi mereka agar dapat meneruskan tugas politik mereka dan membuka jalan kepada lebih ramai perwakilan wanita dalam dunia politik.

#SalamReformasi

Surat terbuka kepada PKR ini ditandatangani oleh 263 Residen PJ, sukarelawan@P105, aktivis, dan masyarakat sivil. Termasuk juga petisyen dalam talian dan sejumlah 142 orang juga telah menandatangani.

https://chng.it/rtf6GbFt

1. Persatuan Sahabat Wanita Selangor
2. Dr Suba
3. Zainah Anwar
4. Monsoons Malaysia (MM)
5. Masjaliza Hamzah
6. Ho Yock Lin
7. Sevan Doraisamy
8. Dr Hamidah Marican
9. Jeffrey Phang, veteran community organiser
10. Marina Mahathir
11. Dr. Lyanna Khairuddin
12. Shaila Koshy
13. Ivy Josiah
14. G25 Malaysia
15. Family Frontiers
16. Anne Lasimbang, veteran, woman activist, Sabah
17. Winnie Yee, Gender Justice Advocate, Sabah
18. Prema Devaraj
19. Irene Xavier, veteran activist
20. Manohara Subramaniam
21. Sisters in Islam
22. Fadzilah Abdul Majid, sociologist
23. Suguna Papachan
24. Regina Rahim
25. Ng Geok Chee, lawyer
26. Patricia Nunis
27. Sujatra Jayaraj
28. Ratna Osman
29. Elizabeth Chrisostom
30. Ariv Chelvam, YSEALI
31. Soo Ooi Keng
32. Chan Yen Lian
33. Goh Mun Ting
34. Shazana Yeoh
35. Lina Naamali
36. Laurette Gomez
37. Tanya Tan
38. Catherine Ng
39. Gopalan-K Papachan
40. Haslinah Yacob
41. Wong Peck Ling
42. Chong Sue Hwa
43. Rohini
44. T. Appavu
45. April Chang
46. Christine Edwards
47. Anto
48. Richard Leow
49. Jacob
50. Lydia Ganesan
51. Low Siew Ling
52. Francis Lai
53. Ong I-Ping
54. Chrishanne Sebastiampillai
55. Coral Alfoncea Angelin Pereira
56. Brigid Patricia Thomas Dorai Raj
57. Francis Charles Thomas Dorai Raj
58. Agnes Martina Thomas Loorthanathen
59. Jacqueline Mary Thomas Dorai Raj
60. Patrick Justin Thomas Dorai Raj
61. Teo Paik Choo
62. Wong Wai Ying
63. Ang Hoon Ai
64. Natassya Lee
65. Rachel Nirmala a/p Chrisostom Bastian John
66. Alice Tan
67. Vera Tay Suet Lian
68. Lee Meng Cheng
69. Chan Kim
70. Ng Hon Yeong
71. Maheswari A/P Velayutham
72. Nityavaani a/p Gunasagaran
73. Jothilechumy a/p Arumugam
74. Manjulah a/p Kaliaperumal
75. Mageswari a/p R. Raman
76. Boomadevi Lecthumanan
77. Rajeswari Vadivelan
78. Tamilselve Govindan
79. Balasaraswathy Shanmugam
80. Chin Cheng Cheng
81. Sua Yi Wen
82. Foong Sook Yin
83. Shyamala Ponniah Maha Balasandren
84. Yap Siew Mooi
85. Wong Kim Lan
86. Nik Hussein bin Nik Abdullah
87. Kamaruddin Sulaiman
88. Rahani Binti Mohamed Sharif
89. Siva Mahadeva
90. Woon Yuet Har
91. Hoh Yoon Kai
92. Thong Quai Leng
93. Cynthia Chin Moon Leen
94. Azumin bin Mohamad Yunus
95. Azemi Maria bin Mohamad Yunus
96. Aziman Maria bin Mohamad Yunus
97. Sulaiman bin Hussin
98. Fauziah binti Aris Fathilah
99. Chesu binti Md Jusoh
100. Tan Taik Hoe
101. Tham Yuet Wah
102. Fatimah binti Ungku Salim
103. Jamilah Ariffin
104. Sarinah binti Laangku
105. Chindy Chin
106. Intan Nur Najwa binti Mohd Hussammuddin
107. Mohd Zahairuddin bin MD Zahari
108. Amirudin bin Bahari
109. Jamilah binti Yahya
110. Letchumy a/p Krishnan
111. Sumathi a/p Selvaraj
112. Shamala devi a/p Subramaniam
113. Gokilavany Maniam
114. Ratna Mala a/p Subramaniam
115. Vasuk @vassugy
116. Baskaran a/l Ramloo
117. Nurlela binti Yusuf
118. Sharifah binti Nazri
119. Hafsah Hj Hussin
120. Saiful Nizam bin Rosli
121. Zurriyatina binti Abdul Rani