awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Pahang zahir kebimbangan isu pemberian taraf PR, kewarganegaraan
PRK Lamag rekod 55.16 peratus keluar mengundi setakat 3 petang - SPR
PRK Kinabatangan: 50.37 peratus keluar mengundi setakat 3 petang - SPR
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Surendran letak jawatan: 'Terpulang kepada beliau' - Fahmi

Bernama
Bernama
08/02/2024
04:25 MYT
Surendran letak jawatan: 'Terpulang kepada beliau' - Fahmi
Fahmi berkata bekas Naib Presiden PKR itu berhak membuat keputusan sedemikian memandangkan beliau juga sudah tidak aktif dalam parti. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: "Terpulang kepada beliau," demikian reaksi Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fahmi Fadzil ketika diminta mengulas mengenai pengumuman bekas Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran meninggalkan parti itu semalam.
Fahmi berkata bekas Naib Presiden PKR itu berhak membuat keputusan sedemikian memandangkan beliau juga sudah tidak aktif dalam parti.
"Itu adalah keputusan beliau. Saya berpandangan itu adalah hak beliau. Terpulang kepada beliau. Beliau pun sejak dua menjak ini, sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak terlibat, tidak aktif.
"Jadi, mungkin dia rasa sesuai untuk dia guna platform lain. Itu hak beliau. Saya hormati keputusan beliau," katanya.
Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Sesi Libat Urus dan Jalinan Mesra bersama pengusaha-pengusaha pawagam di sini malam tadi.
Semalam, Surendran mengumumkan keluar PKR atas alasan kecewa dengan parti itu.
Sebelum itu, Fahmi mengingatkan Surendran supaya mematuhi disiplin parti selepas peguam itu mempersoalkan agenda reformasi dalam PKR.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#N Surendran
#letak jawatan
#Fahmi Fadzil
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan