KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz hari ini mendakwa 10 orang lagi Ahli Parlimen, khususnya dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), akan melontarkan sokongan mereka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam satu sidang media khas, beliau berkata, jumlah keseluruhan ialah 11 orang, termasuk Ahli Parlimen Tanjong Karang Datuk Dr Zulkafperi Hanapi, yang telah pun mengisytiharkan sokongannya semalam.
Syed Abu Hussin berkata, 10 lagi Ahli Parlimen tersebut merangkumi lima orang dari Kedah, Pulau Pinang dan Perak, tiga orang dari Kelantan, Terengganu, dan Pahang, dan tiga lagi dari Selangor dan Melaka.
“Secara keseluruhannya, ahli Parlimen Perikatan Nasional khususnya ahli Parlimen Bersatu, rasa amat kecewa dan tidak rasa dihargai dan dijaga oleh parti. Sebab sehingga ke hari ini, Bersatu tidak ada hala tuju yang jelas.
“Khususnya Bersatu, jarang memanggil ahli Parlimennya untuk berbincang, dan macam mana nak membantu ahli-ahli Parlimen Bersatu menjaga kawasan Parlimen. Soal kewangan memang satu soal yang sangat menjadi masalah besar kepada semua ahli Parlimen.
“Kalau parti tak ambil perhatian, siapa lagi nak ambil perhatian? Sebab janji ucapan kita semua, kita sebut nak menjaga dan membela nasib orang-orang di kawasan kita. Dah setahun tiada apa berlaku,” katanya lagi.
Ketika ini Syed Abu Hussin berkata, formula nombor yang perlu diberi perhatian oleh masyarakat ialah 8+3+5.
Lapan orang Ahli Parlimen, katanya lagi, merujuk kepada mereka yang sudah membuat keputusan untuk menzahirkan sokongan kepada Perdana Menteri, dengan tambahan tiga lagi yang akan membuat keputusan yang serupa.
Manakala baki lima lagi Ahli Parlimen, beliau berkata, merupakan lima pemimpin politik yang mempunyai pengalaman cukup luas dalam Kerajaan, dan Syed Abu Hussin menyeru untuk mereka turut sama menyertai gerakan tersebut.
“Bagi mereka yang mempunyai pengalaman, dalam kerajaan yang lepas, ada lagi lima orang ahli Parlimen Bersatu yang ada pengalaman keluar daripada parti, menyokong parti lain, dan selepas itu tubuhkan Kerajaan.
"Sebab itu saya tambah lima. Saya menyeru mereka untuk fikir semula, kebolehan yang ada pada mereka, dalam percaturan politik yang lepas, boleh diguna pakai kali ini, di antara mereka ialah – Larut (Datuk Seri Hamzah Zainuddin), Beluran (Datuk Seri Ronald Kiandee), Masjid Tanah (Datuk Mas Ermieyati Samsudin), Tanah Merah (Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, dan Hulu Terengganu (Datuk Rosol Wahid),” katanya lagi.
Firdaus Azil
Fri Jan 26 2024
Beliau berkata, jumlah keseluruhan ialah 11 orang, termasuk Ahli Parlimen Tanjong Karang Datuk Dr Zulkafperi Hanapi, yang telah pun mengisytiharkan sokongannya semalam. - Gambar fail/Bernama
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Nahas Helikopter: Wira negara, damailah anda di sana
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia. Bingkisan ini, istimewa buat semua wira yang kini berada di negara abadi.
PRK KKB: Serangan peribadi tak jejas kempen calon PH
Serangan peribadi oleh pihak lawan tidak sesekali menjejaskan perjalanan kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu ini.
'Beras putih tempatan masih tidak kelihatan' - Syed Abu Hussin
BPT masih tidak kelihatan dalam pasaran meskipun selepas Perdana Menteri mengarahkan stok bekalan barang keperluan itu diedarkan ke seluruh negara.
Beras Putih Madani: Kenyataan MP Bukit Gantang janggal, tidak patuhi perundangan - Ronald
Ronald berkata, task force tidak membuat keputusan namun hanya memberi cadangan kepada Jawatankuasa Pemandu, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
Syed Abu Hussin dakwa 10 lagi Ahli Parlimen PN akan sokong Perdana Menteri
Mereka merangkumi lima dari Kedah, Pulau Pinang dan Perak; tiga dari Kelantan, Terengganu, dan Pahang; dan tiga lagi dari Selangor dan Melaka.
"Kami bukan ponteng" - Ahli Parlimen pembangkang
Dewan Rakyat sedikit kecoh susulan ketidakhadiran hampir semua ahli Parlimen pembangkang ketika sesi soal jawab lisan.
Kartel: LKIM lantik syarikat untuk beli ikan bagi simpanan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dalam proses menyiapkan tender untuk melantik syarikat membekalkan ikan untuk stok sejuk beku.
Bekalan ikan negara belum stabil - Pengerusi LKIM
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mengakui bekalan ikan bagi keperluan negara masih belum stabil berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu.