awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPJ Johor keluar 2,136 notis gagal patuhi peraturan jalan sejak Januari
Jumlah transaksi guna SARA, kes penipuan jual beli antara isu dikupas Dewan Rakyat hari ini
Remaja perempuan 19 tahun maut jatuh tingkat 19 kondominium
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syed Saddiq enggan layan tuduhan Armada lemah di bawah kepimpinannya

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
09/02/2020
12:30 MYT
Syed Saddiq enggan layan tuduhan Armada lemah di bawah kepimpinannya
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abd Rahman ketika menjawab pertanyaan media pada Majlis Perasmian Perlawanan Persahabatan Bola Sepak di Universiti Sains Malaysia hari ini. - Foto BERNAMA
Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman enggan melayan sebarang dakwaan berhubung kelemahannya dalam mengemudi sayap itu.
Beliau sebaliknya mengambil sikap terbuka dengan pandangan tersebut.
Malah, Ahli Parlimen Muar itu turut mengalu-alukan kesediaan beberapa individu yang menyatakan hasrat bertanding bagi merebut jawatan Ketua Armada dalam pemilihan parti nanti.
“Kita perlu meraikan demokrasi dalam parti dan saya alu-alukan (Muhammad) Muzzammil dan Razalif (Mohd Zain) untuk bertanding dan bertanding secara sihat.
“Berkenaan tuduhan beliau sekarang Armada lemah dan saya rasa cara terbaik untuk menjawab ialah bertanding secara sihat menunjukkan bagaimana setiap calon dapat membangunkan Armada dan bawa ia kehadapan.
“Saya tidak akan sesekali memperkecilkan pihak lawan kerana saya nak membuktikan pemilihan ini adalah persediaan untuk kita memajukan Bersatu untuk mengukuhkan parti,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata demikian selepas merasmikan perlawanan persahabatan bola sepak antara Mutiara United Football Club & Liga Akademi Bola Sepak Pulau Pinang dan Majlis Pelancaran LABPP Grassroots 2020 di Stadium Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada Ahad.
Setakat ini, Syed Saddiq bakal dicabar oleh dua individu iaitu Felo Akademik Universiti Utara Malaysia, Muzzammil Ismail dan seorang ahli perniagaan Razalif Mohd Zain dalam pemilihan Armada nanti.
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Muar
#Ketua Armada
#Ketua Armada Bersatu
#Menteri Belia dan Sukan
#Muhammad Muzzammil
#Pemilihan Bersatu
#Razalif Mohd Zain
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan