Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diminta menjawab dahulu soalan Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan, Farhan Khairuddin mengenai kekayaan segera beberapa individu sebelum membangkitkan isu rasuah dan salah guna kuasa.
Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu juga disifatkan tidak layak langsung untuk memberi nasihat kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam isu berkaitan.
"Saya mahu Syed Saddiq jawab dahulu soalan Farhan Khairuddin. Saya tertarik dengan surat Syed Saddiq anak muda dari parti PPBM di mana dia telah menyentuh perkara skandal rasuah berskala besar dan salah guna kuasa.
"Justeru saya menyeru agar Syed Saddiq segera menjawab soalan daripada Farhan, bagaimana anak-anak Dr Mahathir iaitu Mirzan, Mokhzani dan Mukhriz boleh menjadi instant multi-billionaire dalam masa yang singkat.
"Jika Syed Saddiq tidak mampu atau enggan menjawab soalan tersebut maka saya merasakan Syed Saddiq tidak layak untuk menasihati Sultan Johor mengenai isu rasuah dan salah guna kuasa," katanya kepada Astro AWANI di sini pada Sabtu.
Sebelum ini, Syed Saddiq dalam satu kenyataan mendakwa, hak untuk berdemonstrasi secara aman adalah hak setiap warganegara Malaysia mengikut Artikel 10 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan selain diiktiraf udang-undang antarabangsa seperti Artikel 20(1) Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat dan Artikel 21 Waad Antarabangsa Mengenai Hak Awam dan Politik.
Ia reaksi susulan titah Sultan Johor pada Perhimpunan Bangsa Johor di Pasir Gudang yang menegaskan tidak akan sesekali membenarkan mana-mana pihak menganjurkan sebarang bentuk demonstrasi di negeri ini.
Kenyataan Syed Saddiq itu mendapat reaksi pantas daripada Farhan yang memintanya supaya tidak terlalu mengikut telunjuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga sanggup menimbulkan masalah dengan Sultan Johor.
Farhan juga menyatakan tindakan Syed Saddiq itu mencerminkan cengkaman Dr Mahathir telalu kuat ke atas dirinya sehingga rasa hormat dan kesetiaan kepada Kesultanan Johor mampu dikorbankan.
BACA: PPBM tidak boleh hanya berjuang untuk Melayu - Tun Mahathir
BACA: Bekas Pengerusi SPR dinamakan antara pemimpin PPBM
Wan Syamsul Amly
Sun Nov 06 2016
Khairul Azwan berkata Syed Saddiq (gambar) tidak layak untuk menasihati Sultan Johor mengenai isu rasuah dan salah guna kuasa.
Bursa Malaysia naik pada dagangan awal
Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula pada dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan boleh berada pada paras RM4.67 hingga RM4.68.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
'Syed Saddiq, jawab soalan Farhan dulu' - Pemuda UMNO
Khairul Azwan Harun berkata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak layak untuk menasihati Sultan Johor mengenai isu rasuah dan salah guna kuasa.