Skip to main content

Dunia

Tangkapan akan dibuat berhubung siasatan pilihan raya 2020 AS - Ketua FBI

Pengarah FBI Kash Patel berkata bukti yang dikumpulkan menyokong dakwaan Trump mengenai manipulasi pilihan raya. - Reuters
Pengarah FBI Kash Patel berkata bukti yang dikumpulkan menyokong dakwaan Trump mengenai manipulasi pilihan raya. - Reuters

Advertisement

Advertisement

MOSCOW: Pengarah FBI Kash Patel mengumumkan bahawa agensinya bersama Jabatan Kehakiman mengumpulkan bukti berkaitan pelanggaran dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2020, ketika Donald Trump mengakui kekalahan kepada Joe Biden dan berjanji yang penangkapan akan dilakukan dalam masa terdekat, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Saya boleh umumkan dalam rancangan anda yang kami sudah mempunyai semua maklumat yang diperlukan. Kami sedang bekerjasama dengan pihak pendakwa di Jabatan Kehakiman dan Peguam Negara mereka, Todd Blanche dan kami akan membuat penangkapan dan ia akan berlaku. Saya jamin, ia akan berlaku tidak lama lagi,” kata Patel dalam temu bual dengan Fox Business.

Patel berkata bukti yang dikumpulkan menyokong dakwaan Trump mengenai manipulasi pilihan raya.

Advertisement

“Saya tidak akan membiarkan perkara ini berlalu kerana mereka bukan sahaja menyerang institusi Presiden AS dan Presiden Trump secara peribadi, malah mereka cuba menggagalkan pilihan raya dan memanipulasi keseluruhan sistem,” kata Pengarah FBI itu.

Trump berulang kali enggan mengakui kekalahan dalam Pilihan Raya 2020, dengan mendakwa berlaku penipuan serta terus mempersoalkan integriti pilihan raya itu.

Advertisement

Bagaimanapun, pada 2024, beliau mengakui dalam temu bual bersama pengaudio siar Lex Fridman yang beliau tewas dengan perbezaan undi yang kecil pada 2020.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI 

Must Watch Video

Advertisement