awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syed Saddiq ucap selamat kepada Wan Ahmad Fayhsal, pimpinan baharu Armada

Firdaus Azil
Firdaus Azil
16/08/2020
03:37 MYT
Syed Saddiq ucap selamat kepada Wan Ahmad Fayhsal, pimpinan baharu Armada
Syed Saddiq (gambar) harap pimpinan baharu yang diterajui Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dapat jalankan tanggungjawab dan amanah dengan cermat.
Bekas Ketua Pemuda Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini mengucapkan selamat berkhidmat kepada pimpinan sayap itu yang baharu bagi penggal 2019-2022.
Ahli Parlimen Muar itu dalam ciapan di Twitternya berkata beliau mengharapkan agar pimpinan baharu yang diterajui Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan cermat.
“Gunakan peluang yang ada untuk mengemudi Armada sebaik mungkin,” katanya lagi.
Selamat berkhidmat buat pimpinan Armada yang baharu. Bawalah tanggungjawab dan amanah yang diberi dengan cermat. Gunakan peluang yang ada untuk mengemudi Armada dengan baik. pic.twitter.com/CLpKMEJnST
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) August 16, 2020
Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Tan Sri Syed Hamid Albar dalam satu kenyataan telah mengumumkan senarai penuh pimpinan Armada baharu.
Turut diumumkan ialah Naib Ketua Armada yang merupakan anak kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog Datuk Clarence Bongkos Malakun, iaitu Caesar Mandela Malakun.
Syed Saddiq, merupakan antara lima ahli Bersatu yang digugurkan pada 28 Mei lepas, termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.
Menurut surat yang ditandatangani Setiausaha Kerja Bersatu, Kapten Muhammad Suhaimi Yahya, pengguguran ahli mereka adalah selaras dengan Fasal 10.2.3 Perlembagaan Bersatu kerana tidak duduk dengan blok kerajaan di dalam Dewan Rakyat.
Dr Mahathir pada 7 Ogos lepas telah mengumumkan penubuhan parti baharu dengan nama Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang tidak akan terikat dengan mana-mana gabungan sama ada Pakatan Harapan ataupun Perikatan Nasional.
Topic Berkaitan
#anak
#Armada Bersatu
#Bersatu
#Menteri Besar
#Pakatan Harapan
#Parlimen
#Pemilihan Bersatu
#Perdana Menteri
#Perikatan Nasional
#rakyat
#sukan
#Syed Saddiq
#Wan Ahmad Fayhsal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan