awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
AADK perlu pendekatan bersepadu tangani ancaman dadah baharu
MALAYSIA
Kes SRC International: Najib lepas tanpa bebas
BISNES
Kerajaan tidak akan kembalikan GST buat masa ini - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

POLITICS

Tak faham dekat mana UMNO 'dilanyak' - Ahmad Maslan

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
09/02/2023
13:15 MYT
Tak faham dekat mana UMNO 'dilanyak' - Ahmad Maslan
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan (kanan) mendengar penerangan daripada Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad pada Majlis Dialog Belanjawan 2023 Peringkat Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini. - Foto BERNAMA
IPOH: Walaupun Barisan Nasional (BN) memenangi 30 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), namun UMNO yang berada dalam gabungan itu tidak pernah ‘dilanyak’ dalam Kerajaan Perpaduan ketika ini, kata, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Setiausaha Agung UMNO itu berkata situasi parti itu tidak boleh disamakan semasa pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.
Walau bagaimanapun tegasnya, semua pihak harus bergerak ke hadapan dalam memastikan kedudukan kerajaan dengan 148 kerusi ketika ini dapat terus diperkukuhkan.
“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) selepas 25 tahun tidak hadir ke Menara Dato Onn, baru-baru ni hadir untuk mesyuarat mengenai urus setia Kerajaan Perpaduan.
“Dan 20 parti bersetuju menjadikan Ibu Pejabat UMNO sebagai pusat urus setia Kerajaan Perpaduan.
“Jadi, saya tak fahamlah macam mana mereka pula ‘melanyak’ dalam bab itu ya. Dari segi jumlah menteri dan timbalan menteri itu kena ikut kuota kemenangan kerusi… mana yang lebih itu biasanya lebih banyak dapatlah.
“Jadi oleh kerana UMNO dan BN hanya 30 (kerusi), maka kuotanya (ialah) apa yang telah diberi itu,” jelasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena sesi Majlis Dialog Belanjawan 2023 peringkat negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Khamis.
Ahmad sebelum itu diminta mengulas berkenaan kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa pemimpin-pemimpin UMNO ‘dilanyak’ seperti pembangkang dalam Kerajaan Perpaduan.
BACA: Pemimpin UMNO 'dilanyak' dalam Kerajaan Perpaduan? - Zahid jawab pandangan Ismail Sabri
Dalam satu temu bual eksklusif dengan sebuah akhbar baru-baru ini, Naib Presiden UMNO itu berkata, pemimpin-pemimpin UMNO ‘dilanyak’ seperti pembangkang, sekali gus mengangkat pemimpin dari parti-parti lain.
Topic Berkaitan
#UMNO dilanyak
#Ahmad Maslan
#ismail sabri yaakob
#Kerajaan Perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami