KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak perlu disegerakan kerana kemunculan varian baharu COVID-19 Omicron yang masih tidak diketahui ancamannya.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, walaupun prosedur operasi standard (SOP) ketat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berjaya mengelak wujudnya kluster dan lonjakan kes harian COVID-19, PRU15 tidak perlu diadakan dalam tempoh terdekat.
Beliau berkata, penilaian risiko Kementerian Kesihatan menunjukkan wajar untuk mengelak daripada melaksanakan perkara yang tidak perlu disegerakan seperti PRU15, bagi mengelak risiko situasi semasa COVID-19 bertukar menjadi buruk.
Katanya, PRU15 berbeza berbanding PRN Melaka dan Sarawak yang tidak dapat dielakkan disebabkan kehendak undang-undang, sekali gus terpaksa dilaksanakan dengan SOP yang ketat.
"PRN Melaka dan Sarawak hanya dapat dielakkan jika kita isytiharkan darurat. Kita semua dah setuju tidak mahu isytiharkan darurat lagi, kita mesti berdepan dengan demokrasi dan rakyat.
"Sarawak tak dapat dielakkan sebab tempoh waktu Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah tamat. Dalam kes Melaka, DUN dibubarkan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, jadi kita buat SOP yang ketat.
"Tetapi PRU boleh dielakkan. Ia tidak perlu diadakan atau disegerakan. Kita buat penilaian risiko, benda yang tak boleh dielakkan, kita buat SOP. Tetapi yang tidak perlu diadakan, kenapa nak diadakan," katanya.
Beliau berkata demikian pada program Bicara Naratif Khas di RTM1, malam tadi, lapor Berita Harian.
Mengulas lanjut, Khairy memaklumkan sudah menyampaikan saranan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, khususnya kerana khuatir dengan risiko ancaman varian Omicron.
"Dalam kes PRU, pandangan kita masih kekal. Nasihat saya kepada Perdana Menteri, terutama sewaktu Omicron yang masih banyak tidak diketahui, masanya belum sesuai lagi.
"Soal politik, kita serah kepada pucuk pimpinan tapi dari segi kesihatan awam, walaupun Melaka nampak seolah-olah telah berjaya dan Insya-Allah Sarawak juga akan berjaya, itu hanyalah pilihan raya yang tidak dapat dielakkan.
"PRU boleh dielakkan. Jadi, kita elakkan dahulu," katanya.
* Artikel asal disiarkan di DagangNews.com.
Dagang News
Mon Dec 13 2021
Kata Khairy, PRU15 berbeza berbanding PRN Melaka dan Sarawak yang tidak dapat dielakkan disebabkan kehendak undang-undang. - Foto BERNAMA
Panama bersedia untuk pemilihan Presiden
Panama bersedia untuk pilihan raya Presiden di tengah-tengah krisis politik yang dihangatkan dengan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan memerintah.
Penunjuk perasaan pro Palestin ditahan polis Virginia
Polis menahan beberapa penunjuk perasaan di Universiti Virginia pada Sabtu semasa puluhan pelajar menduduki perkhemahan pro-Palestin di kampus selepas menyifatkan perhimpunan itu sebagai menyalahi undang-undang.
Hampir 100% sedia, TH tunggu kt pertama 9 Mei ini
Ikuti perkongsian Editor Astro AWANI yang juga petugas media musim haji 1445H/2024H mengenai persediaan Lembaga Tabung Haji (TH) menjelang ketibaan KT pertama jemaah haji Malaysia di Madinah pada 9 Mei ini.
Banjir luar biasa landa Afrika Timur
Kawasan di Ethiopia, Kenya dan Tanzania yang biasanya gersang serta dilanda kemarau mengalami taburan hujan luar biasa.
Isteriku ternyata lelaki, terbongkar selepas 12 hari menikah
Adinda kini telah ditahan pihak polis selepas laporan dibuat oleh keluarga AK.
Selesai di Kedah, PM meriahkan pula Rumah Terbuka Aidilfitri di Pulau Pinang
Sejurus selesai Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat Kedah di Jitra, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bergegas ke Pulau Pinang bagi menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan Khalifah Jelutong malam tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin ditahan polis Virginia
Pasukan polis anti rusuhan dilaporkan menyerbu kawasan perkhemahan sekitar jam 3 petang waktu tempatan.
Mari meriahkan hari terakhir Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara
Acara penutup yang dijadual bermula 10 pagi itu diadakan serentak dengan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Pulau Pinang.
Seramai 150 petugas Tabung Haji sertai ziarah ke tempat bersejarah di Madinah
Seramai 150 petugas Tabung Haji (TH) bagi musim haji 1445H/2024 yang tiba di Madinah pada 2 Mei lalu, semalam dibawa melakukan aktiviti ziarah luar bagi memberi pengalaman yang akan dilalui oleh jemaa
Lelaki rogol anak kandung hingga lahir dua anak
Perbuatan suspek berusia 40-an itu terbongkar selepas mangsa yang kini berusia 20 tahun membuat laporan polis.
Pita Limjaroenrat ikrar mahu rebut semula jawatan PM Thailand
Pita berkata, beliau hanya menunggu masa untuk bertanding semula kerana selama ini beliau tidak pernah putus asa berjuang.
Pilihan raya umum Pakistan pada 8 Feb
Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan (ECP) pada Khamis mengumumkan 8 Februari tahun depan sebagai tarikh rasmi pilihan raya umum di negara Asia Selatan itu, lapor Xinhua.
Muktamar Pas tumpu usaha kekal sokongan anak muda - Mohd Amar
Muktamar Pas ke-69 bulan depan dijangka memberi tumpuan terhadap usaha untuk memastikan sokongan pengundi muda terhadap parti itu kekal hingga ke pilihan raya seterusnya.
GPS akan sokong Kerajaan Perpaduan hingga Pilihan Raya Umum seterusnya - Abang Jo
Sokongan itu penting agar wujud kestabilan yang membolehkan Kerajaan Persekutuan mentadbir dengan lebih fokus.
PRK Pelangai: Wakil BN harus dipilih semula, beri kesinambungan perkhidmatan - Zahid
Barisan Nasional (BN) harus dipilih semula untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang akan datang.
Sidang Parlimen Thailand pada 4 Ogos ini bagi pilih Perdana Menteri
Ketika ini, kebuntuan politik di negara itu terus berlarutan walaupun Pilihan Raya Umum (PRU) sudah berlangsung lebih dua bulan.
11 calon bertanding dalam pemilihan presiden Zimbabwe
PRU Zimbabwe dijadualkan pada 23 Ogos untuk memilih Presiden baharu, wakil parlimen dan wakil kerajaan tempatan untuk penggal lima tahun.
Perkenalkan Akta Parlimen Berpenggal Tetap, mudahkan pengundi, jamin kestabilan - Mujibu
Akta Parlimen Berpenggal Tetap perlu diperkenalkan sebagai langkah merejuvenasi demokrasi Malaysia.
PAU2023: 'Janganlah dibunuh, ditebang pokok selepas nikmati hasilnya' - Mohamad Hasan
UMNO tiada pilihan lain tetapi untuk bangun semula dan sediakan parti yang lebih baik untuk generasi masa depan.
UMNO bakal ditolak rakyat pada PRN, PRU akan datang - Annuar Musa
Sokongan yang diberikan oleh rakyat pada 2019 adalah ketika UMNO bersama Pas, bukannya DAP, dakwa Annuar.