awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenaikan 300 peratus peruntukan Jalan Persekutuan bukti komitmen Kerajaan MADANI - Nanta
Sinergi kerajaan, industri pastikan keperluan Ramadan kekal mampu milik - Ahmad Zahid
Polis serbu rumah penampungan, tahan 22 pendatang tanpa izin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Takiyuddin sahkan Eizlan Yusof sertai Pas

Sinar Harian
Sinar Harian
11/06/2023
00:40 MYT
Takiyuddin sahkan Eizlan Yusof sertai Pas
Takiyuddin (kanan) bersama Eizlan selepas Majlis Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat di Seremban pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan pelakon dan pengarah, Datuk Seri Eizlan Yusof telah menyertai parti itu.
Menurutnya, ada beberapa lagi tokoh lain, namun nama mereka akan diumumkan pada waktu yang sesuai.
"Datuk Eizlan Yusof sah jadi ahli dan bersama dengan dia pun ramai lagi," katanya ketika ditemui selepas Majlis Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat di sini pada Sabtu.
Sebelum ini media melaporkan yang Eizlan enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan yang dia bakal menyertai PN di bawah tiket Pas dan meminta menunggu pengumuman berkaitan sekiranya perkara itu benar-benar berlaku.
Sementara itu, Takiyuddin berkata, Pas menerima antara 3,500 sehingga 4,000 orang keahlian baharu setiap bulan.
"Hari ini (Ahad) saja ada 3,000 lebih termasuk penyertaan kumpulan Tan Sri Annuar Musa sendiri dan difahamkan akan ada lagi secara berkumpulan termasuk di peringkat negeri-negeri," katanya.
Dalam pada itu beliau berkata, Pas tiada masalah untuk mempertimbangkan Annuar sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
"Itu sesuatu perkara yang boleh kita fikirkan. Kita tengoklah, kerana Annuar tidak beri apa-apa syarat.
"Dia (Annuar) masuk ke dalam Pas untuk berjuang bersama Pas tanpa apa-apa syarat. Jadi soal, pencalonan semua itu akan bincang dan sebagai ahli Pas, dia layak untuk dicalonkan serta diberi peranan sebagai calon Pas," katanya.
Ujarnya, sebagai seorang tokoh politik di Kelantan, Annuar boleh memberi satu gelombang kemenangan kepada PN. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PAS
#Takiyuddin Hassan
#Eizlan Yusof
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan