awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tapah, kekal contoh semangat toleransi BN

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
08/05/2018
06:03 MYT
Tapah, kekal contoh semangat toleransi BN
Penerimaan baik terhadap jentera BN, termasuk Puteri mungkin disebabkan hubungan baik yang telah terjalin antara mereka dengan rakyat Tapah sejak sekian lama. - Foto Astro AWANI
Barisan Nasional (BN) Tapah berada dalam kelas tersendiri apabila menang kerusi Parlimen dan dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Ayer Kuning dan DUN Chenderiang.
Pemerhatian ini menarik lebih-lebih lagi pernah berlaku tsunami pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Perlu diambil kira, BN Tapah adalah kawasan contoh bagaimana wakil rakyatnya terdiri daripada masyarakt majmuk kerana ketiga-tiga kerusi yang dimenangi diwakili tiga parti komponen utama dalam BN.
Ahli Parlimennya Datuk Seri M.Saravanan dari MIC, DUN Chenderiang pula dimenangi Pengerusi MCA negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon manakala DUN Ayer Kuning dimenangi Ketua UMNO Bahagian Tapah, Datuk Samsudin Abu Hassan.
Ketiga-tiga wakil rakyat BN itu menang besar dalam PRU13 iaitu Saravanan memenangi 7,927 undi, Hang Soon 4,764 undi dan Samsudin 3,485 undi.
Rahsia benteng kukuh BN Tapah?
Gelora dan tsunami politik dalam PRU13 ditangani dengan sikap toleransi yang tinggi sesama pengerusi parti-parti kompenan dalam BN.
Samsudin yang juga Pengerusi BN Tapah berkata, sikap toleransi yang ditunjukkan begitu tinggi sesama pemimpin parti komponen di Tapah dalam memastikan tiada percanggahan berlaku dalam pembahagian kerusi.
Apabila tiada pergeseran dalaman, hilang rasa tidak puas hati dan gerak kerja semasa kempen pilihan raya dalam dijayakan secara bersama dalam kalangan ketiga-tiga parti komponen.
Di atas semangat itu, Samsudin yakin, mereka mampu mengulangi kemenangan 3–0 sekaligus kekal sebagai contoh terbaik semangat toleransi antara parti-parti komponen parti tersebut.
Menawarkan perkhidmatan cemerlang, BN terus mempertaruhkan Saravanan untuk mempertahankan Parlimen Tapah, Samsudin di DUN Air Kuning dan bekas pegawai Dr Mah, Choong Shin Heng, calon baru DUN Chenderiang, kerana Dr Mah bertanding di Parlimen Tanjung Malim.
Menurut Samsudin, lebih 100 siri ceramah dan program diatur oleh jentera BN Tapah di samping pelbagai program turun padang, lawatan rumah ke rumah dan santai di warung-warung.
“Dengan gerak kerja yang teratur dan tersusun, insya Allah, kita percaya mampu untuk memperolehi kemenangan lebih cemerlang kali ini,” katanya ketika ditemui selepas program di perkampungan Cina, Kampung Baru Coldstream dekat sini.
Mengakui terdapat sedikit isu dalaman selepas pengumuman calon, Samsudin bagaimanapun berkata, ia dapat diselesaikan segera dengan cara baik, atas semangat kesepakatan dan toleransi semua pihak.
Sementara itu, Ketua Puteri UMNO Bahagian Tapah, Nurul Huda Nordin Ahmad yang mengetuai jentera Puteri turut mengakui sikap pengundi di Tapah pada PRU14 ini jauh lebih baik berbanding pilihan raya umum lalu, khususnya di kalangan pengundi Cina dan India.
“Jika dahulu, kalau petugas kita datang berkempen, mereka buat tidak tahu sahaja tetapi sekarang ni, mereka layan dengan baik, bertanya beberapa soalan dan beri turut beri keyakinan untuk menyokong,” ujarnya.
Nurul mengakui, penerimaan baik terhadap jentera BN, termasuk Puteri mungkin disebabkan hubungan baik yang telah terjalin antara mereka dengan rakyat Tapah sejak sekian lama.
“Kita tidak pernah berhenti bekerja, bertemu rakyat, membantu menyelesaikan masalah mereka, tanpa mengira masa.
“Hari-hari kebesaran setiap kaum, kami turun bantu mereka yang susah, setiap kali sekolah hendak dibuka, kita prihatin nasib anak-anak miskin, banjir, ribut, kematian dan macam-macam lagi bencana, kami pasti sampai.
”Pendek kata, di mana rakyat susah, di situ kami akan sampai,” tambahnya sambil memberitahu, Puteri UMNO Tapah sahaja mempunyai kira-kira 500 jentera yang sentiasa bersiap siaga.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#calon
#M Saravanan
#Malaysia Memilih
#Parlimen
#pilihan raya umum
#PRU14
#Tapah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan