awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarik sokongan: Mengapa perlu sekarang? Idris Haron dalam Agenda AWANI malam ini

Astro Awani
Astro Awani
05/10/2021
11:24 MYT
Tarik sokongan: Mengapa perlu sekarang? Idris Haron dalam Agenda AWANI malam ini
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang Datuk Seri Idris Haron pada sidang akhbar hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Lepas satu, satu. Baru nak reda kemelut politik negara, timbul pula masalah baharu di bumi Hang Tuah.
Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Melaka mengatakan hilang kepercayaan lalu menarik sokongan terhadap kerajaan negeri yang dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Penyataan penarikan diri oleh Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) itu sekal gus membawa kepada terbubarnya DUN Melaka ke-14 yang dipersetujui Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Mohd Ali Mohd Rustam hari ini.
Maka menurut kelazimannya ia bererti Pilihan Raya Negeri akan diadakan untuk membentuk kerajaan baharu atas mandat rakyat, namun pandemik masih belum berakhir sepenuhnya dan rakyat rata-rata masih belum bersedia.
Sudah pasti yang terpinga-pinga adalah rakyat Melaka khususnya, ketika mereka baru hendak membina semula kehidupan selepas punah dibadai COVID-19, terpaksa dilibat sama dalam episod baharu drama politik negara yang entah sampai bila akan berlanjutan ini.
Dalam keadaan hari ini, apa sebenarnya sebab musabab yang begitu mendesak empat ADUN untuk bertindak sedemikian? Mengapa perlu sekarang, tidak nanti apabila krisis kesihatan dan ekonomi negara betul-betul pulih semula?
Datuk Seri Idris Haron, salah seorang daripada empat ADUN tersebut akan tampil dalam Agenda AWANI malam ini secara langsung pada jam 9. Mungkin beliau dapat memberikan penjelasannya.
Saksikannya di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com malam ini.
Topic Berkaitan
#Melaka
#ADUN
#bubar
#idris haron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan