KETIKA ini teka-teki mengenai pembubaran Parlimen antara yang menjadi topik hangat dalam arena politik.
Di Malaysia, Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan apabila Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan atau terbubar sendiri selepas tamat tempoh lima tahun.
Pilihan Raya Kecil pula berlaku untuk mengisi kekosongan kerusi Parlimen atau DUN di luar jangka disebabkan oleh kematian; peletakan jawatan; hilang kelayakan; atau pembatalan keputusan pilihan raya oleh Mahkamah Pilihan Raya.
Mengikut Perlembagaan Persekutuan, selepas pembentukan kerajaan pada PRU14, tempoh penggal dijangka tamat pada Julai 2023 bagi memberi laluan kepada PRU15.
Sementara mana-mana negeri boleh membubarkan dewan undangannya secara bebas daripada Parlimen Persekutuan, amalan tradisional adalah untuk kebanyakan DUN dibubarkan pada masa yang sama dengan Parlimen.
Selepas pembubaran, sama ada secara automatik atau tidak, kerajaan sedia ada akan kekal sebagai kerajaan sementara. Kerajaan sementara hanya dibenarkan meneruskan komitmen lama dan tidak boleh membuat komitmen baharu.
BACA: Bubar Parlimen: Kekalkan sehingga tamat tempoh lima tahun - Penganalisis Politik
Berikut pandangan penganalisis politik Prof Wong Chin Huat, mengapa tempoh pembubaran Parlimen tidak seharusnya berubah, sebaliknya dikekalkan sehingga tempoh penggal tamat iaitu selepas lima tahun.
i. Ia bagi memastikan PRU yang bakal berlangsung mempunyai satu tarikh tetap.
ii. Selain memberikan tarikh PRU yang lebih terjangka, Parlimen berpenggal tetap memberi peluang kepada Jemaah Menteri untuk melaksanakan perancangan yang ditetapkan.
iii. Parlimen berpenggal juga mampu membaiki kestabilan politik negara dan memberi keyakinan kepada para pelabur.
iv. Mengikut Perlembagaan Persekutuan sekarang, kuasa untuk memohon pembubaran awal terletak di tangan Perdana Menteri. Tetapi kuasa memberikan perkenan terletak kepada Yang Di-Pertuan Agong.
v. Pembubaran Parlimen awal boleh dilakukan sekiranya Perdana Menteri hilang kepercayaan atau dua pertiga ahli Parlimen berpandangan pilihan raya perlu diadakan dalam apa-apa sebab sekali pun.
vi. Satu konvensyen Perlembagaan yang baharu perlu dimulakan tanpa membuat pindaan Perlembagaan. Amalan baharu ini membolehkan Parlimen berlangsung sehingga hujung penggal.
vii. Pada masa akan datang, pembubaran Parlimen dan DUN di 13 negeri tidak berlaku dalam masa yang sama.
viii. Pembubaran Parlimen dan DUN yang tidak serentak bukan pembaziran tetapi menghormati autonomi DUN.
Hasimi Muhamad
Mon Sep 05 2022
Mengikut Perlembagaan Persekutuan, selepas pembentukan kerajaan pada PRU14, tempoh penggal dijangka pada Julai 2023 bagi memberi laluan kepada PRU15 - Foto/fail
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
SPR jadi tumpuan esok, umum tarikh penting PRU15
Bila agak-agaknya tarikh PRU15?
[KOLUMNIS] Pengundian ekspres atau kemungkinan ditangguh?
Kemungkinan besar pengundian akan berlangsung pada 5 atau 12 November.
"Kabinet ada bincang mengenai PRU15, tetapi lebih fokus hadapi banjir" - Saravanan
Tiada keputusan dibuat mengenai PRU15, perbincangan lebih kepada persediaan setiap kementerian dalam menghadapi musim tengkujuh.
Perbincangan tarikh PRU15 dibawa ke Mesyuarat Kabinet, lebih awal dari pertemuan 'Top 5' UMNO - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi bayangan beliau akan membawa isu berkaitan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15, dalam Mesyuarat Kabinet pada Rabu ini.
PM jumpa 'Top 5' UMNO sebelum Bajet 2023 bincang tarikh PRU15
Selepas bincang dengan 'Top 5' UMNO, PM akan jumpa rakan parti komponen pula.
UMNO belum tetapkan tarikh PRU15 - Annuar
Gesaan supaya PRU15 diadakan segera hanyalah pandangan individu, kata Tan Sri Annuar Musa.