awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PUNB lantik Rastam Mohd Isa pengerusi baharu
Sanusi tolak Pengerusi PN, cadang Ahmad Samsuri
Anak Tommy Lee Jones ditemui meninggal dunia di hotel mewah San Francisco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM jumpa 'Top 5' UMNO sebelum Bajet 2023 bincang tarikh PRU15

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
13/09/2022
06:44 MYT
PM jumpa 'Top 5' UMNO sebelum Bajet 2023 bincang tarikh PRU15
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengadakan pertemuan dengan lima pemimpin tertinggi (Top 5) UMNO bagi membincangkan tarikh PRU15 dalam masa terdekat. - Gambar fail BERNAMA
BAYAN BARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengadakan pertemuan dengan lima pemimpin tertinggi (‘Top 5’) UMNO bagi membincangkan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.
Ismail Sabri yang juga menduduki kerusi ‘Top 5’ parti iaitu sebagai Naib Presiden berkata, mesyuarat itu mungkin diadakan lebih awal sebelum pembentangan Bajet 2023 yang dijadualkan pada 7 Oktober depan.
"Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, semua keputusan akan dibuat ‘Top 5’ UMNO, jadi kita tunggu sehingga mesyuarat bersama ‘Top 5’ diadakan, kita akan buat secepat mungkin, mungkin awal sebelum pembentangan Bajet 2023,” kata Perdana Menteri.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada masih ada peluang PRU15 diadakan tahun ini selepas merasmikan majlis perasmian Kongres Teknologi dan Inovasi Dunia 2022 (atau WCIT 2022) Malaysia di Pusat Konvensyen Setia Spice, di sini, pada Selasa.
Sebelum ini, Ismail Sabri memaklumkan, beliau belum berbincang dengan 'Top 5’ UMNO berhubung tarikh PRU15.
'Top 5' UMNO merujuk kepada Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ismail Sabri sendiri.
Selepas berbincang dengan 'Top 5' UMNO, Ismail Sabri akan berbincang pula dengan parti MCA dan MIC serta parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain sebelum membawa ke Kabinet untuk kelulusan seterusnya menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mendapat perkenan membubarkan Parlimen.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Top 5 UMNO
#ismail sabri yaakob
#tarikh PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan